Sunday, November 28, 2010

CINTA ITU FITRAH



Cinta... aaa... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah & kehilangan cinta dikatakan cukup pedih. Bagi saya yang tidak pernah bercinta (tetapi amat percaya pada cinta), saya tidak boleh komen lebih-lebih mengenai feeling bercinta atau putus cinta. Tetapi, saya ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang kawan baik saya ketika di Amerika. Kisah ini membuktikan cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik...


Kisah S
Pada tahun 1996, semasa saya melangkah kaki di Illinois State University, tiada orang Melayu Malaysia & saya satu-satunya wanita bertudung. Selepas seminggu berada di bumi Amerika, S adalah orang pertama yang menegur & memberi salam . Ketika itu, saya mengakui betapa perkataan semudah "assalamualaikum" menjadi common language antara 2 insan berlainan bangsa & warganegara.

S adalah gadis Pakistan yang dilahir dan dibesarkan di Amerika. Bersama-samanya ketika itu ialah M, teman lelaki yang berbangsa black American yang baru setahun memeluk Islam. Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali berjumpa, kami sepakat apabila semester seterusnya, kami akan tinggal sebilik di asrama.

Apabila kami menjadi roomate bersama 2 gadis berbangsa white American yang lain, saya mengenali S dengan lebih rapat. Setiap malam Sabtu, dia akan keluar dengan kawan2nya (dia tidak pernah mengajak saya). Dia cukup rajin belajar dan antara pelajar cemerlang dalam bidang biologi. Saya pernah ke rumah keluarganya. Adik perempuannya bermekap tebal ala ghotic dan abangnya akan menyebut 'f#%@" disetiap akhir ayat. Rumahnya sederhana dan rasa tenang sepertimana rumah berkeluarga yang lain. Saya perhati, hampir di setiap dinding rumahnya tertera "786". Apabila ditanya, katanya, "that is the number of times Bismillah is mentioned in Quran". Saya diam sahaja kerana kurang arif. Hanya, sekali sahaja saya tegur dengan nada serius "S, if I saw you sleeping in one bed with M again, I sleep outside"....

Saya akui, kelemahan iman menyukarkan saya menegur perkara-perkara lain tetapi percaya perubahan total perlu datang dari dalam diri. Saya menerima S seadanya.

Suatu hari S kata, dia nak try pakai tudung. Dia mula pakai tudung putih ke kampus dengan baju lengan pendek. Sebulan kemudian, dia pakai jubah hitam diatas baju lengan pendeknya. Dia juga mula membaca tafsir Al-Quran. Suatu hari S, beritahu saya "Mimi do you know, when Allah send the message for the women to wear hijab, they immediately pull the curtains and cover themselves with it. Only their eyes were shown,". Beberapa minggu kemudian, S menutup mukanya dengan kain. Hanya mata yang kelihatan. Saya berkesempatan ke rumah keluarga S lagi. Rumahnya masih sama. Tetapi, isi rumahnya sudah lain. Adik perempuannya sudah berjubah dan menutup muka, tiada lagi "786" sebaliknya diganti dengan ayat Quran, abangnya juga sudah tidak menyebut "f%#@". Adik perempuannya juga ambil keputusan berhenti sekolah menengah & hanya home school. Mereka sekeluarga juga mengambil kelas bahasa arab.

FYI, dari saat, S beritahu hendak pakai tudung sehingga saat dia menutup wajahnya (termasuk tangan),  mengambil masa kurang dari 1 tahun.

Okay sekarang cerita cinta....

Sepanjang perubahan itu, S masih dengan M (yang juga berubah menjadi Muslim yang lebih baik). Mereka berdua sudah tidak berjumpa berdua-duan. Kalau berjumpa, mereka akan berdiskus mengenai hadis atau ayat quran. Suatu hari sepupu S (juga, suatu ketika pernah melalui kehidupan bebas) masuk melamar.  Sepupunya adalah antara pendakwah muda di beberapa konvesyen Muslim di Amerika.

Di bahu ini, S meluahkan dalam esakan yang berseka..."how can I love another man, as I love M...?". Saya tak boleh nak jawab. S keraskan hatinya yang pilu dan menerima lamaran sepupunya. M juga terpaksa menerima dengan hati yang berat.

Tiga bulan kemudian, S bercerita pengalaman keluarganya bercuti. Malah, dia juga memberitahu bagaimana sepupunya (si tunang) terpaksa mengangkat punyalah banyak beg & dia yang berjalan di belakang berkekeh ketawa dengan adiknya. Saya juga turut gelak kecil. S bercerita dengan nada gembira & seri di muka.

Semenjak saya pulang ke Malaysia, saya sudah hilang contact dengan S. Namun, saya bersyukur sepanjang 2 1/2 bersama S, Tuhan tunjukkan, erti sebenar perubahan.

Bagi Bujang OK, walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. Saya doakan semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.

Mimi Salleh

Saturday, November 20, 2010

YOU COMPLETE ME...


Menjadi Bujang OK adalah satu perjalanan yang bakal menemukan anda dengan pelbagai jenis kawan... ada yang sekadar menjadi kenalan, ada yang akan menjadi pemusnah impian dan ada juga yang bakal menjadi kawan yang akan bring out the best in you. Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa kawan memainkan peranan yang penting dalam perubahan seseorang menjadi dirinya yang terbaik.

Petikan kata-kata di bawah ini, menghuraikan makna persahabatan dalam erti yang tersendiri....

Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

“Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

  • "A friend may well be reckoned the masterpiece of nature." ~ Ralph Waldo Emerson
  • "My father always used to say that when you die, if you've got five real friends, then you've had a great life."~ Lee Iacocca
  • "There comes that mysterious meeting in life when someone acknowledges who we are and what we can be, igniting the circuits of our highest potential."~ Rusty Berkus
  • "Life is partly what we make it, and partly what is made by the friends whom we choose." ~ Tehyi Hsieh
  • "The making of friends, who are real friends, is the best token we have of a man's success in life." ~ Edward Everett Hale
  • "I cannot even imagine where I would be today were it not for that handful of friends who have given me heart full of joy. Let's face it, friends make life a lot more fun." ~ Charles R. Swindoll
  • Where there are friends, there is wealth. ~ Titus Maccius Plautus
  • A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out. ~ Walter Winchell
  • "A companion loves some agreeable qualities which a man may possess, but a friend loves the man himself."  ~ James Boswell 
  • "Let your best be for your friend..."  ~ Kahlil Gibran
  • "A friend is a present you give yourself."  ~ Robert Louis Stevenson 
    • "Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born." ~ Anais Nin  
    • "Your friend is the man who knows all about you, and still likes you." ~ Elbert Hubard 
    • "Count your age with friends but not with years." ~ anonymous 

    Anda setuju?

    MIMI SALLEH

      Sunday, November 7, 2010

      ANDA BERHAK, DAPAT YANG TERBAIK!


       "Dah umur macam ni, tak payah memilih sangat. Ambik je. Asal kahwin..."

      Jika ada sesiapa membuat kenyataan sebegini kepada anda, bangun dari kerusi dan tinggalkan sahaja mereka. Siapa mereka untuk meletakkan anda di bawah par?

      Adakah kerana anda masih bujang di kala kawan-kawan sedang membina keluarga, anda di cop tidak berhak untuk memilih?

      Anda berhak memilih...
      • untuk memperbaiki diri anda menjadi seorang wanita/lelaki hebat
      • untuk mencari dan menilai kawan-kawan yang boleh membantu anda menjadi diri anda yang terbaik
      • untuk mencari dan menilai bakal pasangan yang akan sehidup semati dengan anda
      • untuk mencari, memilih dan memperolehi ilmu yang boleh menjadi diri kita terbaik
      • untuk....

      Anda berhak untuk memilih APA SAHAJA yang terbaik.

      Malangnya, kebanyakkan dari kita membesar dengan konsep
      • kaya akan jadi sombong
      • berpelajaran tinggi akan lupa dengan agama dan adat budaya
      • lambat dapat anak, something wrong with that person
      • lambat kahwin, something wrong with that person
      • bercerai, something wrong with that person 
      • menanam impian, sama macam Mat Jenin
      • ..... dan lain-lain
      Jika anda amati, semua insan yang berjaya dalam sejarah adalah individu yang memilih untuk berubah. Mereka memilih untuk tidak mengikut norma kebiasaan. Percayalah, pilihan untuk berubah menjadi diri anda yang terbaik akan membuka peluang yang luas untuk anda juga BERTEMU YANG TERBAIK. Anda juga berhak memilih...

      Pilihan untuk menjadi TERBAIK adalah pilihan mengubah halatuju hidup anda dari 'zon selesa' ke kehidupan yang lebih cemerlang. Perubahan konsep atau anjakan paradigma ini memerlukan kesedaran. Dan, kesedaran untuk berubah mesti datang dari burning desire anda sendiri.

      Saya sedar, perjalanan untuk berubah adalah satu liku yang kita perlu tempuhi. Namun, kenikmatan mencapai impian menjadi yang terbaik (kerjaya, sosial, kewangan, kesihatan dan lain-lain) adalah nikmat yang cukup manis. Doa saya, semoga kenikmatan itu anda akan kecapi.

      Mimi Salleh

      Thursday, November 4, 2010

      SINGLE IS SIMPLE... YE, KE?




      Berapa ramai antara orang bujang yang akan angkat tangan (tanda setuju) dengan kenyataan "Single is simple"? Itu pendapat masing-masing. Secara peribadi saya TIDAK melihat kehidupan saya sebagai single itu simple.

      Dalam kitaran hidup manusia, kita melalui beberapa fasa dan peranan (roles) dalam keluarga...
      • bayi, anak kecil (toddler), kanak-kanak, remaja => sebagai anak/adik/kakak/abang
      • dewasa => sebagai orang bujang, isteri/suami, ibu/bapa,
      • tua => sebagai nenek/datuk

      Kebiasaanya, fasa hidup manusia seperti berikut ...

      alam kanak-kanak (usia 0-5)  => alam persekolahan (usia 6-21) => kehidupan bujang => alam perkahwinan (purata usia 21 tahun) => usia tua (usia 55 ++)

      Apa yang berlaku pada orang bujang ialah fasa 'hidup bujang' melepasi fasa 'kebiasaan' hidup manusia. Ini menyebabkan berlaku beberapa kecelaruan peranan she/he not a child anymore but not yet a wife/ husband.

      Sepatutnya pada usia 30an, seseorang itu sudah bergelar isteri atau suami. Apa yang berlaku dalam keluarga yang mempunyai anak bujang 30an, si ibu dan ayah akan menganggapnya sama seperti anak-anaknya yang di alam persekolahan (usia 6-21 tahun)...

      • "Ani angkat jemuran, hujan nak turun..."
      • "Amin, bangun dah tengahari..."
      • "Kenapa tengok TV je?"
      • "Pakailah baju tu elok-elok sikit"

      .... sedangkan jika si bujang sudah berkahwin (usia 30 tahun ke atas), ibu bapanya tidak akan menggunakan ayat atau suruhan seperti ditujukan kepada 'budak-budak'.

      Apabila orang bujang, not a child anymore but not yet a wife/husband, masyarakat umum juga seperti tip-toeing akan beberapa perkara...

      • "nak panggil apa ye, Cik ke Puan?"
      • "Makcik, makcik... " (panggilan kanak-kanak kepada wanita berusia 36 tahun yang kebetulan mempunyai anak saudara yang bersekolah sama)
      • "Hello, saya ingin menawarkan pakej pelancongan kepada puan dan suami puan ke Eropah...." telemarketing membuat cold-call kepada seorang wanita bujang berusia 36 tahun
      • "Servik kanser sering berlaku kepada wanita berusia 35 tahun ke atas, puan dah buat pap-smear?" tanya seorang pegawai perubatan kepada wanita bujang berusia 40 tahun. 
      Mungkin ada yang berkata, single is simple kerana tiada tanggungjawab kepada isteri/suami atau anak-anak. You can be free as a bird (ye lah, tu). Namun, life is not simple. Sebagai orang bujang, kita harus menempuhi hidup sama seperti orang lain yang sudah berkahwin. Tetapi, kita perlu hadapinya sendirian (sakit, masalah di pejabat, kesempitan wang, mengatur masa depan dan lain-lain).

      Kahwin itu satu sunnah. Kehidupan bujang adalah satu proses yang semua akan dan telah lalui. Cuma kita (orang bujang) melaluinya 'lama sikit' dari orang lain. Doa saya, anda tidak berputus asa. Perubahan menjadi diri anda yang terbaik akan membantu anda "simplify" laluan anda ke arah gerbang perkahwinan.

      Mimi Salleh

      Tuesday, November 2, 2010

      QUE SERA, SERA


      When I was just a little girl
      I asked my mother, what will I be? 
      Will I be pretty, will I be rich? 
      This what she said to me...

      Que Sera, Sera
      What ever will be, will be
      The future not ours to see
      Que Sera, Sera


      Andaikan, anda 'menyanyikan' lirik lagu ini kepada ibu (atau sesiapa sahaja untuk meminta nasihat), "mak, boleh ke Ayang (contoh aje) jadi cantik dan kaya?" yang mana satu, jawapan di bawah ini, besar kemungkinan menggambarkan jawapan yang anda bakal terima?

      • "ala Ayang, tak payah susah-susah fikir, Tuhan yang tentukan..."
      • "Ayang, Ayang, kau ni berangan je. Mana kau boleh kaya dengan gaji sebanyak itu..."
      • " Berusaha je Ayang. Masa depan ni, kita tak nampak. Kita yang usaha, nak jadi apa-apa pun boleh."
      • "Hish... banyak sangat tanya..."
      Kepada yang beruntung, mereka akan menerima jawapan yang menggalakkan mereka untuk terus berusaha. Tetapi, kebanyakkan dari kita tidak seberuntung itu. Malah, ada yang sering menerima jawapan yang mengecewakan seperti "Ayang, Ayang, kau ni berangan je. Mana kau boleh kaya dengan gaji banyak itu..."

      Impian ialah satu visi mengenai apa yang kita mahu capai. Impian setiap orang berlainan. Menanam impian  mengambarkan kehidupan yang kita dambakan. Malangnya, impian sering dikaitkan dengan 'angan-angan Mat Jenin'. Justeru, ramai di antara kita tidak pernah berimpian, malah ada yang dilarang untuk berimpian.

      Berimpian, tak salah. Namun, seperkara mengenai impian, jangan asyik bertanya, "will i become that?" atau "can I do that?" kerana hanya ada 2 jawapan kepada soalan itu, "YES" atau "NO". Impian yang KITA NAK CAPAI bukan untuk ditanya kepada seseorang lain. Siapa mereka untuk menentukan sama ada KITA BOLEH capai ataupun tidak? Kita menentukan sama ada impian itu kita nak capai atau tidak.

      Disarankan kepada sesiapa yang nak mencapai apa jua impian (impian nak kaya, popular, kahwin, ramai kawan, slim dan lain-lain) melakukan 3 perkara berikut:
      1. Tulis impian itu. Walau betapa 'gila' impian yang anda ada, CATAT impian tersebut di dalam buku/jurnal/diari
      2. Kelilingi diri anda dengan 'aura yang positif' -kawan2, kursus, buku, 
      3. Sentiasa bermuhasabah dan berusaha untuk berubah menjadi diri anda yang TERBAIK.

      Perubahan di atas melibatkan 3 anjakan serentak iaitu  
      MINDA + SIKAP + HABIT

       Melakukan perubahan tidak semudah mengukapkannya. Justeru, 3 langkah di atas adalah cara paling mudah yang anda boleh lakukan perlahan-lahan. Malah, jika anda baca semua buku self-help atau buku motivasi, 3 langkah ini adalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar.

      Doa saya semoga anda diberi kekuatan untuk terus menjadi diri anda yang terbaik. Berimpianlah. Kelak, lihat dan nikmatilah impian anda itu apabila ia dicapai.

      Mimi Salleh

      PELAWAT