Sunday, April 29, 2012

Kau Sempurna Bagiku


Saya jarang dengar lagu. Sebutlah lagu Maher Zain ke, Anuar Zain ke, saya hanya tahu sebut hujung-hujung je. Adik saya selalu tegur jika saya humming mana-mana lagu di radio "rosak lagu...". Aduh! susah juga jika lidah ni kering lagu & lirik. Pernah, seorang mamat yang cukup gentleman membawa saya makan di sebuah tempat yang ada karaoke, memang best tetapi muka saya kering je la dengar lagu. Kesian mamat tu ;p

Tetapi baru-baru ini satu lagu membuatkan hati saya seperti disiram air dingin. Liriknya cukup mudah tapi cukup mendalam. Lagu nyanyian Liyana Jasmay, "Cinta Bersatu"

Kau sempurna bagiku 
Tak Kurang Sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagi mu
Tak kurang sesuatu
Cinta Bersatu

Sebagaimana dialog Robbin William di dalam Good Will Hunting "It is not either you or her who is perfect, but whether you are perfect with each other", lagu ini bagi saya turut menghuraikan soal cinta dengan cukup mudah.

Cinta tidak perlu dikelirukan dengan wang ringgit, kecantikan fizikal mahupun pandangan masyarakat. Perkahwinan adalah ikatan dua hati "Kau & Aku". Jika si dia menerima 'apa ada padaku' dan diri ini menerima 'apa ada padanya seadanya' maka itu sudah cukup. Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang... Dia mencipta hati untuk kita merasa dan memberi kasih sayang.

Saya percaya sesungguh, sungguh, sungguh hati, putik pertama cinta mampu membawa dua hati yang ingin berubah menjadi insan yang terbaik ke pintu syurga. Jika kita menolak hakikat yang pertama ini, maka kita meragui kekuasaan Allah untuk memberi kasih sayang. Bagi yang masih bujang, mohonlah kepada Allah untuk diberikan cinta yang boleh membawa ke syurga. Walau berapapun umur anda (dan saya juga), kita perlu yakin jodoh yang Allah sudah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. Doa saya semoga, cinta hadir di hati anda dan saya.

Thursday, April 26, 2012

GUNUNG YANG TINGGI, KAN KU DAKI...

Lama sungguh tak up-date blog. Minta maaf kawan2. Walaupun saya tidak di sini, tetapi hati saya sentiasa ingat pada anda semua :)

Jika anda follow FB saya, tahun ini azam saya adalah untuk "Back to Basic". Terus-terang, saya sendiri tak berapa jelas apa sebenarnya yang saya nak capai tahun ini (long term goals memang ada). Tapi, saya sesungguh, sungguh, sungguh hati mahu go back to basic untuk semua aspek kehidupan karier, kewangan, spiritually, emotionally etc. Alhamdullilah, Allah tunjukkan caranya.

Bermula Februari saya terpanggil untuk mengikuti seminar Dr Azizan Osman (sudah 5 seminar DAO yang saya ikuti semenjak Feb). Pada masa yang sama, saya terpanggil untuk melangkahkan kaki ke masjid dan meluangkan masa untuk mendengar kuliah maghrib. Dan, pada masa yang sama, saya juga terpanggil untuk memikirkan hal syarikat saya dalam skop yang lebih besar.

Alhamdullillah, dalam tempoh ini juga, saya mengenali ramai kawan-kawan yang bersemangat untuk merubah hidup mereka.... ada yang sudah pakai tudung, menunaikan umrah, mendaki Gunung Kinabalu, konsisten memasuki acara larian dan banyak lagi. I love you all before, but now I love you more, more, more for the changes you are making :)

Walaupun masih ada lapan bulan lagi sebelum tamatnya 2012, namun saya teruja untuk menjadi lebih baik. Bagi saya, hasrat untuk berubah tidak perlu tunggu Tahun Baru, 1hb atau hari Isnin. Kita boleh berubah bila-bila masa dengan pra-syarat.... AKU MAHU BERUBAH! Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebak (gembira) melihat hidayah Allah yang ditunjukkan melalui perubahan kawan-kawan FB dan  artis-artis kita.One big lesson I learn these past months, hidayah dan nikmat dari Allah is not given for free, it is earn. We have to ask from Allah plus work to CHANGE.

Doa saya, semoga diri ini terus istiqamah dalam apa jua urusan dan semoga kita semua kaya & berjaya dunia akhirat :)

PELAWAT