Saturday, March 5, 2016

AIKK... SINGLE LAGI KE?!

Maaf dah lama tak update blog. Banyak komitmen menulis yang lain.

Tahun 2016, saya bertekad untuk mengaktifkan Bujang OK. Antara usaha yang sedang dilakukan:

  • Mengaktifkan blog (hihihi...)
  • 2 buah buku Bujang OK sedang ditulis serentak. Satu fiksyen dan satu non-fiksyen (hehehe... biar betul)
  • Mengemas sawang dalam group facebook Bicara Santai Bujang OK dan Krew Bujang OK
  • Lebihkan interaksi dengan followers. Ada video setiap Sabtu mulai 5 Mac 2016 yang akan dimuatnaik ke FB dan blog (kita lihat jika ada keperluan grup telegram). 
Walaupun selepas 12 tahun buku Bujang OK pertama kali diterbitkan, isu lewat kahwin masih releven. Dan, saya masih single (ayooo...). 

Selama 12 tahun ini, saya serius mencari. Saya sambung belajar, dengan harapan selain sijil sarjana, dapat juga sijil nikah... hihihi tak de juga. Saya mula ke masjid, ye lah orang kata jodoh yang baik ada di tempat yang baik-baik... hihihi tak de juga. Saya juga beranikan diri ke mixer (ala-ala speed dating) pun tak de yang sangkut. 

Tetapi dalam 12 tahun ini, saya juga belajar 'mencintai diri'. Bunyi macam klise, tetapi berubah menjadi Bujang OK banyak membantu. 'Mencintai diri' adalah prinsip pertama sebagai Bujang Ok. 

Insya Allah, banyak lagi yang ingin dikongsi. Saya akan terus memblog (harap jangan muntah membacanya ye).

Until soon. 

p/s: jom like page Bujang OK di www.facebook.com/bujangok

PELAWAT