FAQ

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya:

1. Apa itu Bujang OK?
    Bujang OK ialah konsep cara hidup orang bujang cemerlang. Apabila orang bujang memilih untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik (despite being single), dia memilih untuk menjadi OK. Mengikut konteks buku Bujang OK, kami percaya 'perubahan-perubahan OK' tersebut bukan setakat memberi 'impak OK' semata-mata, malah memberi kekuatan untuk orang bujang itu menjadi dirinya yang terbaik dalam karier, interaksinya dengan masyarakat dan hubungannya dengan Maha Pencipta.

2. Jadi Bujang OK, maknanya OK tak kahwin , ke?
    Menjadi Bujang OK ialah peluang menjadi dirinya yang terbaik. Dan, dalam proses perubahan itu orang bujang ini akan menemui pelbagai peluang terbaik dalam hidupnya. Termasuk juga menemui pasangan yang juga Bujang OK. Malah, menjadi Bujang OK juga adalah keazaman untuk menjadi isteri dan suami yang OK kelak (OK dibaca sebagai Cemerlang).

3. Orang yang dah kahwin atau bercerai tak boleh join aktiviti Bujang OK, ke?
    Usaha untuk berubah memerlukan kekuatan luaran dan dalaman. Justeru, sokongan orang yang telah berkahwin amat dialu-alukan. Malah, kami percaya, prinsip-prinsip Bujang OK boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Kunci kata di sini ialah BERUBAH MENJADI DIRI YANG TERBAIK.

4. Siapa Mimi Salleh?
    Mimi Salleh ialah penulis dan pengasas konsep Bujang OK. Pernikahan adik lelakinya pada tahun 2000 memberi titik mula baginya untuk membuat beberapa perubahan diri. 3 tahun dia membaca buku dan bereksperimen. Siri buku Bujang OK adalah perkongsian pengalaman dan ilmu yang beliau perolehi sepanjang proses perubahan itu.

5. Bujang OK semua pasal kahwin je, ke?
    Bujang OK ialah mengenai 2 perkara: Pertama, mengakui ada 'sesuatu' yang menyebabkan "kenapa aku masih bujang?" dan melakukan perubahan. Kedua, belajar untuk 'live life to the fullest' walaupun masih bujang. Buku Bujang OK bukan jawapan mutlak isu lewat kahwin tetapi ia harus dilihat sebagai usaha kita untuk menjadi terbaik dan dalam proses itu menemui jodoh yang terbaik untuk diri.

PELAWAT