Itu pertanyaan seorang teman tahun lepas apabila diberitahu saya akan berlari maraton. Alhamdullilah, saya sudah buktikan saya boleh menamatkan my first 10km Run. Saya faham, ramai yang melihat badan saya, ramai yang menggelengkan kepala. Namun, selepas memasuki larian 10km pertama tahun lepas, saya dapati sesiapa sahaja pada apa sahaja saiz boleh melakukannya. Tahun ini, saya nekad untuk memasuki dua pertandingan maraton (10km setiap satu) dan berharap untuk membuat larian 21km (half maraton) yang pertama pada tahun 2012. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, dua hari sakit badan selepas berlari, saya kini berlatih di gim dengan momentum intense workout sekurang-kurangnya sejam sehari .
Bersenam adalah satu hobi yang memberi impak secara langsung pada kesihatan, kecantikan dan disiplin diri. Tetapi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin? Ramai yang lebih rela mengambil short cut untuk kurus dan cantik dengan mengambil pelbagai jenis ubat dari bersenam.
Saya bukan pakar kesihatan apatah lagi jurulatih seperti Kevin Zahri, tetapi dari pembacaan dan menonton siri Biggest Loser hanya dua perkara sahaja yang boleh memastikan kita kekal slim dan sihat iaitu bersenam dan menjaga pemakanan. Sekali lagi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin?
Minggu lepas, saya berjumpa doktor berbincang mengenai langkah memastikan badan saya tidak tercedera semasa berlatih. Sesuatu yang menarik mengenai badan manusia ialah ia menyesuaikan mekanik dan fisio badan sejajar dengan usia. Kata beliau, "jika kita terus makan kuantiti yang sama seperti tahun lepas tanpa bersenam, berat badan kita akan naik 2kg setiap tahun,". Bayangkan berat badan saya di usia 40, jika saya tidak bersenam semenjak usia menginjak 30 tahun.... aarghhh ekstra 20 kg!
Mempunyai berat yang stabil di usia 40 tahun dan kelak di usia-usia emas memudahkan kita beribadat. Tua itu pasti, tapi jika kita dapat perlahankan proses penuaan, alangkah mudahnya kita mencapai matlamat untuk ke rumah Allah, kelak. Tiada formula ajaib untuk memperlahankan proses penuaan melainkan bersenam dan menjaga pemakanan.
Bagi si Lurus (Dummy) seperti saya yang tidak pernah kisah apa orang nak cakap mengenai saiz badan, berikut ialah beberapa strategi senaman dan pemakanan yang saya lakukan:
- saya belajar elakkan makan apa sahaja yang double fry. Contohnya french fries dan makanan sejuk beku. Setiap makanan itu sudah digoreng sebelum dibekukan dan digoreng sekali lagi sebelum dihidang.
- saya belajar untuk memahami kalori setiap makanan. Misalnya, kalori sekeping roti canai bersamaan dengan tiga kali ganda semangkuk kecil nasi (baiklah makan nasi kalau macam itu).
- saya belajar untuk minum banyak air kosong (nasib baiklah saya berlatih di gim yang memaksa saya minum banyak air)
- saya belajar mendisiplinkan diri untuk bersenam setiap hari. Dari pembacaan, saya dapati, jika kita bersenam tiga kali seminggu, itu hanya untuk kekalkan berat badan yang sedia ada. Jika mahu kurangkan berat badan, perlu bersenam setiap hari.
- saya baru tahu betapa pentingnya tidur untuk memulihkan fisio.
- saya belajar untuk menikmati dalam kesederhanaan setiap makanan yang dimakan.
- mencari kawan-kawan yang mempunyai minat bersenam yang sama (masih mencari...)
- Beri kesempatan badan anda untuk turun berat secara perlahan-lahan. Bayangkan, jika berat badan kita naik 2kg setahun, adalah mustahil untuk menurunkan 20kg yang dikumpul selama 10 tahun dalam tempoh kurang setahun.
- Don't rush dan jangan sesekali guna alasan nak kurus sebab nak kahwin. Matlamat sihat (atau untuk kurus) perlu faktor yang konkrit bukannya superficial. Barulah kekal untuk jangka masa lama.
MIMI SALLEH
askm..salam perkenalan dr saya..
ReplyDeleteassalam kak mimi..sy bru ikuti blog akk..nmpak menarik..post lg yg best2 ye=P...anyway,sy pun nak start bersenamla..skang ni wat kat umah pun ok kan..cri ye vidoe bolly dance ke poco2 ke..pastu ikut je dorg wat..cnfem basah baju..hehe
ReplyDeletei love exercise, tp weekend jer sempat. weekdays kelas stp hari 8-6.15pm.
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletejom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Cinta monyet SJ dan si dia.
ramai yang salah faham mengenai senaman ni. Ramai yang gunakan untuk kurus badan je. Sebenarnya, jika kita faham autonomi badan kita, kita boleh perlahankan proses ketuaan melalui senaman.
ReplyDeletejom kita bersenam :)
sgt suke ngan post ni!
ReplyDeletesaya pun suka... tp betul berapa ramai yg sggp bersenam... kena paksa diri kalo nak sihat... kalo malas sndr yg jawab
ReplyDeletesaya baru lepas Energizer Nite Race. Insya Allah, saya join KL Maraton 2011, Jun ni. Jom! :)
ReplyDeletesaya before ni this rajin juga jog sekitar tempat mengajar saya ni, skrg taktau mane hilang semangat nk jog mcm dulu2 tu. same2 kite jaga kesihatan by workout! caiyok2! ^_^
ReplyDeletebadan kita ni sama macam kereta yang perlu dihantar servis. Jika kita jaga baik2 (makan seimbang, bersenam & kurangkan stress) insya allah, kita boleh maintain muda ;)
ReplyDeleteerm.. kiter stuju.. senam juga boleh mengurangkan stress.. dulu badan saya memang besar..xxl... saya mengambil masa 4 tahun untuk dapatkan saiz m.. dan sekarg saya amat memahami.. tentang kalori yang masuk ke dalam badan kiter.....lamer bukan nak kurus.. tapi dalam masa 5 hari kiter boleh naik sehingga 3kg.. lagi menakutkan bukan.. hehe.. mari kiter besenam...
ReplyDelete