Rata-rata apabila membincangkan isu lewat kahwin...
... jari ditunding kepada wanita bujang:
- "Awak memilih sangat"
- "Awak dah tinggi sangat jawatan/pendidikan, mana lelaki nak"
... jari juga ditunding kepada lelaki bujang:
- "Awak tak de karisma sebagai seorang lelaki"
- "Awak tak de harta, mana perempuan nak"
Betul ke, semua wanita bujang memilih dan semua lelaki bujang tiada karisma? Membuat andaian sebegitu, bermakna kita generalize dan bersangka buruk dengan semua wanita dan lelaki bujang. Bukan semua wanita bujang memilih dan bukan semua lelaki bujang tiada karisma. Ini soal jodoh.
Namun, tidak dinafikan ada di antara orang bujang ini meletakkan piawaian yang terlampau tinggi. Ini disebabkan dua faktor iaitu ego dan ambivalen. Amat rugilah mana-mana orang bujang yang meletakkan piawaian pasangan pilihan yang terlampau tinggi. Akibat dari pilihan ini, mereka sebenarnya akan terlepas pandang ramai potensi pasangan. Rugi, rugi.
Disebalik orang bujang yang mempunyai piawaian terlampau tinggi ini, ramai lagi sebenarnya orang bujang yang bersederhana dalam memilih. Malah, mereka mempunyai ciri-ciri seorang suami atau isteri yang berkarisma, cantik/hensem, baik budi bahasa, taat pada keluarga dan paling penting sayang pada Tuhan. Cuma, jodoh mereka sahaja yang lambat. Menariknya, atas keyakinan akan janji Tuhan, "... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur: 26), mereka ini tidak berputus asa, malah mereka berazam untuk mengubah diri mereka menjadi lebih baik.
Sebagai masyarakat, kita seharusnya membantu dan bukannya mencerca orang yang masih bujang. Jika tidak mampu membantu secara fizikal, sekurangnya bantulah mendoakan mereka (orang bujang) ini bertemu dengan jodoh yang terbaik.
Malah, sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, keyakinan si bujang pada Tuhan dalam menunjukkan jalan yang lurus lagi diredhai amatlah penting. Percayalah, "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya" (Al-Baqarah :286). Justeru, keyakinan yang sama seharusnya diberikan dalam menghadapi ujian lewat jodoh. Anggaplah lewat jodoh sekadar ujian yang akan menaikkan tahap keimanan pada yang Esa.
Doa saya semoga Allah berikan yang terbaik kepada mereka yang benar-benar ingin merubah diri mereka menjadi yang terbaik. Percayalah pada janji Tuhan. Insya Allah, doa anda untuk bertemu pasangan pilihan akan dimakbulkan. Amin.
setuju2.bila kita sentiasa ubah jadi baik, ALLAH akan bagi jodoh yg terbaik.insyaALLAH...kalau tak kat dunia,kat akhirat
ReplyDeleteInsyaAllah..Allah bantu...(^_^)*
ReplyDeletetq for such a thoughtful entry...
ReplyDeletemohon share kat facebook ye...;)
cool saying..thanks~!!
ReplyDelete"...Menariknya, atas keyakinan akan janji Tuhan, "... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur: 26), mereka ini tidak berputus asa, malah mereka berazam untuk mengubah diri mereka menjadi lebih baik."
tat's true..not all singlet are choosy...Find Allah and she/he will find u :)
ReplyDeleteInsyaAllah, ingin menjadi yg terbaik dan wanita solehah.Memperbaiki diri manjadi yg terbaik di Dunia & Akhirat
ReplyDeletesalam sis, suke artikel ni..nk share kt fb bole?
ReplyDeleteboleh je jika nak share di fb. Saya doakan moga semua orang bujang dapat pasangan yang sesuai dengan dirinya. Amin
ReplyDeleteSaya seorang wanita berusia 38 tahun dan masih bujang. Alhamdulillah status bujang saya tidak membebankan. Malah saya anggap sebagai period untuk saya sentiasa menambahbaik keimanan,kesabaran & tingkah laku saya kepada ibu bapa dan orang lain. Sekiranya tiada pasangan saya di dunia. Allah tidak mungkir janji,insyallah ada yg menanti saya di dalam syurga. Jesteru itu.. saya ambil peluang melakukan perkara yang Allah suka dan meninggalkan perkara yang mungkar. Saya percaya pada janji Allah.
ReplyDelete