Saya ingin berkongsi satu cerita. Sedikit panjang, tetapi ada kaitan dengan rezeki yang Allah rancang.
Pada 27 Mei yang lalu berlangsung satu seminar antarabangsa di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Alhamdulillah, rezeki saya memperolehi tiket percuma ke seminar itu. Tiket itu saya perolehi dari seorang rakan yang berpesan untuk telefonnya semula di pejabat tiga hari sebelum seminar berlangsung.
Katanya, "masa itu, baru tahu jika ada tiket atau tidak".
Tiga hari lagi sebelum seminar berlangsung, si kawan telefon dan meminta saya mengambil tiket tersebut di pejabatnya. Harga asal menghadiri seminar tiga hari itu adalah dalam lingkungan RM3000. Saya suka bukan kepalang. Alhamdullilah, rezeki.
Dijadikan cerita, pagi 27 Mei itu, seorang wartawan mahu menemubual saya mengenai satu isu yang sedang hangat diperkatakan. Detik hati saya, "tidak mengapalah, selepas tengahari saya bertolak ke Sunway". Justeru, sebaik tamat temubual, saya terus menaiki komuter ke Subang Jaya dan seterusnya teksi ke Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Perjalanan memakan masa lebih satu jam.
Setibanya di sana, saya duduk di bahagian belakang dewan. Para penceramah semuanya penceramah luar negara. Tajuk-tajuk ceramah mengujakan. Semasa rehat, saya terserempak dengan rakan sekuliah yang saya panggil Kak Nazmah. Sekocoh-kocoh Kak Nazmah menarik tangan saya, lalu bertanya,
"Mimi dah ambil nombor cabutan bertuah?"
Saya tidak tahupun adanya cabutan bertuah. Kami bertiga (Saya, Kak Nazmah dan anaknya) berjaya menemui seorang pegawai dan diberi satu keratan nombor setiap seorang. Nombor kami berturut dimulai dengan anak Kak Nazmah 04475, saya 04476 dan Kak Nazmah sendiri ialah 04477.
Kebetulan, di muka pintu dewan, saya terserempak pula dengan seorang rakan yang saya baru sahaja berkenalan seminggu sebelum itu. Namanya Mira.
"Mimi, awak dah ambil buku percuma. Sesi pagi tadi, semua peserta dapat buku percuma senaskah seorang," beritahu Mira.
Sekali lagi, kami mendapatkan pegawai yang bertugas.
Sesi seterusnya adalah sesi terakhir untuk hari itu. Sebaik habis ceramah tersebut kira-kira pukul 6 petang, pengacara majlis terus menghangatkan dewan dengan pengumuman nombor cabutan bertuah.
"Are you readyyyy?"
"Ready!" sahutan kuat bergema dari para peserta yang teruja menunggu nombor mereka dipanggil.
Saya tersenyum memandang Kak Nazmah.
"0..." pengacara majlis menyebut nombor yang pertama.
"4..." kedengaran suara teruja para peserta mengulang sebut nombor yang sama pada keratan mereka.
"4..." Kak Nazmah memegang erat tangan saya.
"7..." Kak Nazmah terjerit kecil. Semakin kuat tangan saya dicengkam.
"6..."
Saya seperti dengar, tidak dengar, nombor terakhir yang disebut apabila Kak Nazmah mula menjerit nama saya. Saya cukup terkejut diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah. Sengih saya cukup lebar kerana dua perkara. Pertamanya, seumur hidup saya, inilah pertama kali saya memenangi cabutan bertuah. Kedua, hadiah yang dimenangi ialah ipad 2! Sengih saya terasa seperti terbeku diwajah. Saya panjatkan syukur berulang kali.
Petang itu, orang tidak putus-putus mengucapkan tahniah.
"Oh, Mimi you are so lucky...".
"Bertuahnya badan...".
Saya panjatkan kesyukuran atas pemberian itu. Namun, pada masa yang sama, saya melihat apa yang berlaku BUKAN sebagai being lucky atau bertuah. Saya bukannya bergoyang kaki di rumah dan tiba-tiba ipad2 jatuh ke riba. Saya berusaha untuk mendapatkan rezeki yang Allah sudah atur:
- saya bertanya dan pergi mendapatkan tiket percuma seminar dari pejabat rakan
- saya menaiki komuter dan teksi ke lokasi seminar yang mengambil masa lebih satu jam perjalanan
- saya bersama-sama Kak Nazmah pergi mendapatkan pegawai bertugas untuk memperolehi nombor cabutan bertuah
- saya bertemu dengan Mira yang saya temui seminggu sebelumnya di satu acara lain. Melalui Mira, saya diberitahu mengenai pemberian buku percuma.
- saya tunggu ke akhir seminar untuk mendengar ceramah dan kebetulan diumumkan nombor cabutan bertuah.
My name is Syahidah Ishak. I try to reach you and looking for your personal email. I need help to raise fund. My blog is wwwsyahidahishak.blogspot.com. Be carefull because after www there is no (dot). I want to go to U.S for my treatment not because Malaysia is incompetent in a treatment. But I don't want to take the risk. Malaysia are still behind in finding treatment for Neurofibromatosis. My name has been mentioned by my fellow friend and a patient also with neurofibromatosis, Yvonne Foong as her name. My first operation is last year October 2010 and now the doc want to do for second operation. I am afraid.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekak blh tak kalau sya nak jdi kawan akak....
rezeki yg x disangka2... alhamdullillah... :-)
ReplyDeleteSyukur Alhamudillah .. inila Rezeki Allah.. kan.. best membaca kisah akak ni.... boleh kite jadi kawan akak... ?? selalu dan sentiasa follow kisah2 dari blog ni... dan juga kite add laman blog ni di dlm blog kite.. http://mylavenderstoryline.blogspot.com/
ReplyDeletealhamdulillah. seronoknye. :)
ReplyDeletemurah rezeki..dah macam muka rezeki..
ReplyDelete