Friday, January 11, 2013

HATI SEGAR DI TAHUN BARU

Lama sungguh tidak menulis di blog.

Bukan tak mahu tetapi malu...

Blog ini diwujudkan untuk saya berkongsi sesuatu yang boleh kita sama-sama pelajari dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik... tetapi semenjak balik Mekah, apa yang ingin dikongsi lebih kepada luahan emosi... yang tiada noktah apatah lagi moral of the story. Justeru, saya ambil keputusan, "ada perkara, lebih manis disimpan di hati dan bukan di blog..."

Bagi kawan-kawan yang juga kawan facebook, pasti sudah tahu betapa saya bersungguh-sunguh mengatur perancangan untuk menghadapi tahun 2013(semenjak Oktober 2012). Kini, selepas enam bulan saya mengajar hati untuk bertenang, saya kembali di skrin putih blog :)

Di tahun 2013 ini, saya ingin mengajak kawan-kawan (terutama yang masih bujang) untuk bersama saya Living Life to the Fullest....

Caranya:
  • Belajar skil baru
  • Angguk dan katakan "YA!" pada peluang dan cabaran
  • Berusaha untuk capai tahap tertinggi kebolehan diri
Apa yang sudah saya capai setakat 11 Januari 2013?
  • belajar buat coklat (skil baru)
  • belajar menulis fiksyen (skil baru)
  • dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi SEDEC
  • dilantik sebagai AJK Masjid Al-Ittifaqiah 
Apa yang ingin saya capai menjelang Jun 2013?
  • belajar menjahit menggunakan mesin
  • belajar menulis skrip
  • mengadakan kelas membuat coklat
  • mengadakan kelas penulisan skrip
  • menghasilkan 3 cerpen, 1 antologi certot, 1 novel
  • syarikat mencapai jualan RM100,000 
  • berjaya membaca Al-Quran sehingga 15 Juzuk 
  • bebas hutang kredit kad 
Saya percaya saya boleh mencapainya... dan saya mahu mengajak kawan-kawan yang lain untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik di tahun 2013. Semoga perubahan yang kita lakukan ini dipermudahkan Allah dan diberi rahmat yang berpanjangan.




No comments:

Post a Comment

PELAWAT