Wednesday, August 21, 2013

CINTA ONLINE

Kisah ini adalah kisah benar mengenai seorang gadis bernama Mimi yang sayangkan ibunya dan seorang ibu yang sentiasa dipelihara oleh Allah s.wt.

Untuk memudahkan pembaca, pengkisahan diberi dalam bentuk kronologi. Begini kisahnya...

Ahad (18 Ogos)
Pagi-pagi lagi ibu Mimi telefon, "Cepat-cepat Add budak ni dalam facebook. Dia serius nak berkenalan. Dia kawan lama mak." Mimi dengan berat hati membuka facebook (hari Ahad... lebih seronok baring-baring sambil baca buku). Di senarai friend request, atas sekali tertera nama 'Halim Ramli'. Mimi sudah ternampak request friend daripada 'Halim Ramli' dua hari sebelum itu tetapi tidak diendahkan kerana dia tiada mutual friend. Sebaik klik butang respond to friend request, Mimi terus ke biodata 'Halim Ramli'. "emm... tak banyak maklumat". Seterusnya, Mimi buka album 'Halim Ramli'. "emm... tak banyak gambar." Tiba-tiba notification berbunyi ... 'Halim Ramli' di inbox.

Salam diberi. Salam disambut. 'Halim Ramli' cukup gentleman memperkenalkan dirinya. "umur 49 tahun. Duda tiada anak. Bekerja sebagai Offshore Engineer di syarikat minyak dan gas xxxxxx. Sudah menetap di Kintore, Aberdeen, UK  semenjak 16 tahun lalu. Anak tunggal. Ibu bapa meninggal dunia 17 tahun yang lalu. Hanya ada saudara di Manong, Perak...." Apabila Mimi tanya, bagaimana kenal dengan ibu, balasnya pendek, "old friend."

Dipendekkan cerita, 'Halim Ramli' ingin menjalinkan hubungan serius dengan Mimi yang menjurus pada perkahwinan. Tarikh perkahwinan dirancang sebaik pulang ke Malaysia ... bulan hadapan!!! Mimi terkejut. Walaupun dia tidak pernah bercinta, namun untuk seseorang lelaki melamarnya dalam tempoh 24 jam perkenalan adalah sesuatu yang tak masuk akal, "Apa yang special sangat pada diri aku sehinggakan si "Halim Ramli' terus nak berkahwin dengan aku?" Rupa-rupanya ibu di rumah juga sudah menerima nota di inbox menyatakan hasrat yang sama.

Pada masa yang sama 'Halim Ramli' mohon untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Mimi. Memandangkan tiada pengalaman bercinta, Mimi yang cuak terus what's app kawan-kawannya di group xxxx untuk meminta nasihat (hanya memberitahu mereka, ada lelaki mahu berkenalan). Semua (terutama Dr Love) berpesan supaya jangan sesekali beri nombor telefon bimbit kepada lelaki yang baru dikenali. Kata mereka, "biar lelaki tu berusaha lebih sikit. Tak akan baru 24 jam dah nak bertelefon sejauh itu." Mimi menurut pendapat majoriti dan hanya memberitahu 'Halim Ramli', "Ask me again in 3 days..."

Malam itu, sebelum tidur, Mimi berdoa, "Ya Allah, Kau peliharalah diriku dan keluargaku sebagaimana Kau pelihara orang-orang yang soleh"

Isnin (19 Ogos)
Pagi Isnin, Mimi terus teringat Google ada kebolehan untuk buat pencarian imej. Mimi download beberapa gambar 'Halim Ramli' dan drag ke Google image. Ternyata gambar beberapa lokasi tempat kerja adalah gambar yang disudah sedia ada di internet. Mimi gosok-gosok mata tidak percaya. Mimi terus google rencana "How to avoid romance online scam".... selepas satu, satu rencana dibaca. Bendera merah yang sudah naik semalam, semakin jelas kibarnya. Banyak fakta yang ada pada 'Halim Ramli' ada tertera pada artikel itu. Mimi terus telefon ibu dan memberitahu supaya berhati-hati.

Mimi juga menyusun pertanyaan kepada 'Halim Ramli'... bermula dengan kerjayanya sebagai Offshore Engineer. Dia mula memberi jawapan yang menunjukkan ketidakselesaannya. Mimi, walaupun sudah melihat beberapa tanda yang mencurigakan masih bersangka baik, "jika dia benar-benar tulen, bagaimana?" 'Halim Ramli' menghantar pesanan di inbox bahawa dia terpaksa ke Switzerland petang itu dan memohon nombor telefon bimbit Mimi sekali lagi. Mimi masih berpegang pada nasihat kawan-kawannya.

Rupa-rupanya, tanpa pengetahuan Mimi, pada masa yang sama 'Halim Ramli' sedang ber chat dengan ibu Mimi. Dia memohon maaf kepada ibu kerana membuat Mimi marah. Dan, sebagai membuktikan dia benar-benar tulen, dia memberitahu ibu Mimi, dia akan menghantar beberapa barang dan dokumen. Tulisnya di inbox, "Saya benar-benar serius dan sukakan Mimi."

Malam itu, Mimi dalam perjalanan pulang dari rumah terbuka klien apabila ibu menelefon dengan suara cemas. "Ya Allah, biar betul budak Halim ni. Dia dah hantar barang itu." Mimi terus ke rumah ibu. Pada inbox facebook ibu tertera link ke website syarikat penghantaran. Tertera pada website itu, trekking number dan jelas kelihatan barang-barang yang dihantar. Malah, Delivery order kelihatan benar-benar tulen. Mimi menggosok-gosokkan mata.

Masih dalam keadaan cuak, Mimi telefon seorang kawan baiknya yang bekerja di syarikat minyak dan gas xxxxx dan memberitahu keseluruhan cerita. Ketika itu, emosi dan rasional Mimi tak keruan. Si kawan minta alamat 'Halim Ramli' di Aberdeen dan akan semak senarai nama Offshore Engineer di UK.

Si kawan juga memberitahu, "ramai kawan pernah mengalami  kisah yang sama. Cerita mereka berakhir apabila barang yang dinantikan dikatakan ditahan dan perlu membayar kosnya." Mimi mendengar cerita si kawan dengan debaran dihati.

Sebelum tidur, Mimi sembahyang hajat dan berdoa, "Ya Allah, Kau peliharalah diriku dan keluargaku sebagaimana Kau pelihara orang-orang yang soleh"

Selasa (20 Ogos)
Pagi-pagi, Mimi menerima what's app daripada kawannya yang bekerja di syarikat minyak dan gas xxxxxx. Tulisnya pendek, "tiada engineer syarikat xxxx bernama Halim Ramli".

Mimi terus telefon ibunya memberitahu maklumat terkini. Mereka berdua mengambil keputusan menunggu ketibaan barang yang dijanjikan oleh 'Halim Ramli'. Pukul 10.30 pagi, ibu telefon, suaranya sayu, "Ada perempuan telefon daripada Sabah, katanya dia daripada syarikat penghantaran. Barang itu ditahan kerana cek yang dibayar tidak bertanda tangan. Kos penghantaran UK$1500." (kemungkinan wanita ini rakan subahat).

Memang sah lagi mengesahkan bahawa si 'Halim Ramli' adalah penyangak siber (scammer). Mimi telefon talian telefon Cyber999 sebuah agensi pembasmian jenayah siber dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta nasihat.

------------------------------------------------- * * * * -------------------------------------------

Kisah Mimi adalah kisah benar .... kerana ini adalah kisah saya.
Terus-terang, saya tidak sangka ia berlaku ke atas diri. Selama ini saya memang peminat rancangan The Catfish Series dan sebelum ini juga, banyak cerita yang didengar ... ada yang hilang sehingga beratus ribu akibat penyangak siber ini. Kali ini,  ia benar-benar berlaku pada diri saya sendiri kurang 72 jam yang lalu. Alhamdulillah, Allah pelihara saya dan mak saya daripada perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, saya terasa ini tanggungjawab fardhu kifayah untuk menghalang perkara yang sama daripada berlaku kepada orang lain.

Berikut antara beberapa perkara yang saya mahu tekankan:
  • Percayalah pada gerak hati. Kata-kata yang muncul seperti... "this is too good to be true", "biar betul"... sebenarnya adalah gerak hati yang memberitahu supaya berhati-hati. 
  • Apabila emosi menguasai, cari pendapat orang yang lebih rasional. Tindakan saya meminta nasihat daripada kawan-kawan adalah tindakan cepat yang menyelamatkan. 
  • Buat beberapa due diligent (penyiasatan)
    • Membuat pencarian google nama dan imej adalah pencarian yang paling mudah. Jika seseorang mempunyai Facebook, tweeter, blog dan sebagainya maklumat mereka boleh dikesan melalui goggle.
    • Minta bantuan kawan-kawan yang mempunyai jaringan luas. Kebetulan si 'Halim Ramli' mengaku bekerja di syarikat minyak dan gas xxxx. Saya mempunyai kawan baik yang bekerja di syarikat itu dan boleh membuat semakan nama. 
  • Jangan sesekali memberi no telefon bimbit atau maklumat peribadi. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menegah saya daripada memberi telefon bimbit melalui online. 
  • Baca artikel mengenai scam ini segera jika gerak hati mula berkata. Antara red flag saya ialah:
    • kerjaya  - engineer untuk lelaki, model untuk wanita (ini yang dinyatakan di dalam artikel)
    • tiada keluarga
    • tinggal di overseas
    • ingin menjalin hubungan serius/berkahwin
    • minta duit  - modus operandi yang sama dalam semua kes
  • telefon atau minta nasihat daripada cyber 999 di http://www.mycert.org.my/en/
  • Mohon doa daripada Allah untuk sentiasa memelihara diri dan keluarga. 
Dibawah adalah beberapa gambar 'Halim Ramli', tempat kerja dan gambar website syarikat penghantaran yang diragui. Andai gambar ini bukan 'Halim Ramli' dan ia telah disalahgunakan, saya harap lelaki ini berhati-hati.
Semoga pengalaman ini dijadikan pengajaran dan gunakanlah teknik yang dinyatakan di atas andai gerak hati anda berkata-kata. 
p/s: Mak... syukurlah kita dipelihara oleh Allah. Insya Allah, menantu lelaki mak akan duduk bersila di depan mak tidak lama lagi. Doakan ye mak :) 

Ini gambar tempat kerja yang tertera di facebook 'Halim Ramli' tetapi sebenarnya wujud di 2 website yang lain
Ini gambar rumah di dalam facebook 'Halim Ramli'

'Halim Ramli'





Ini link syarikat penghantaran yang diberi oleh 'Halim Ramli' kepada mak

Maklumat lengkap alamat 'Halim Ramli' serta trekking nombor yang mencurigakan

7 comments:

  1. Kita kena selalu ingat-mengingati kepada kawan2 supaya tidak tertipu. Mereka cekap untuk membuat profiling orang yang mereka nak target. Semoga ita semua sentiasa peka dan banyak bertanya, always curious, it is ok to be suspicious. Remember - walks like a duck, talks like a duck, smells and looks like a duck, it must be a duck. If it is too good to be true, most probably it is. HRB

    ReplyDelete
  2. hmmm sy sedey sbb baru trkena dlm minggu ni.... nasib baik ada rakan yg menghalang sy utk terus mmbuat bayaran.... tetapi sy telah kehilangan RM5000.... skrg kawan saya sedang membantu saya utk semak detail akaun no yg diberikan.... selepas itu saya diminta membuat aduan ke balai polis.... sedey sgt.... kenapa baru terjumpa artikel ini...

    ReplyDelete
  3. adakah pemilik no akaun yang diberikan bernama Ng Sau Ching?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup btul.... sy dh semak dgn bank dan dh dapat detail dia....

      Delete
  4. As'salam gambar yg tertera di atas adalah 100% gambar milik saya...sy bukan halim ramli sial celaka punya penyangak ciber...ne mesti kerja org negro...tima kasih pada rakan rakan yg mengenali saya..gambar ini di curi..dr facebook saya yg bernama kamarul arifin.terima kasih atas publish ini...cik mimi sy mohon maaf sekiranya terjadi sebarang kejadian buruk pd keluarga saudari..kerana ade sesetengah pihak mempergunakan gambar saya untuk kepentingan diri mereka..sama-samalah kita mohon petunjuk dan hidayah dr Allah.s.w.t.

    ReplyDelete
  5. AsSalam mi,
    Baru terbaca artikel awak, masih ada lagi rupanya mangsa penipuan cara ini, saya ingatkan setelah banyak kali disiarkan di dalam akhbar, rakyat Malaysia akan lebih berhati2. Sepanjang bertugas di bahagian Komunikasi Korporat KLCC Property Holdings Berhad 2005-2012, tugas saya setiap pagi adalah me'scan' suratkhabar mencari berita KLCC, sekali lalu membaca berita2 hot. yang selalu keluar hampir saban hari ialah cerita rakyat malaysia menjadi keldai dadah, sedih anak2 Malaysia yang ingin mencari kehidupan yang lebih baik begitu mudah terpedaya. Yg paling saya ingat ialah bekas pemain sebuah band quite terkenal telah dijatuhkan hukuman penjara (kes di Amerika Selatan rasanya) dan seorang bekas pelajar Malaysia (wanita) yang dijatuhkan hukuman mati di China, tak pasti adakah hukuman itu telah diringankan kepada penjara seumur hidup tp rasanya hukuman tersebut telah ditukar. Beliau menjadi tenaga pengajar bahasa Inggeris di dalam penjara tersebut. Yg menyedihkan ibu beliau telah meninggal dunia semasa beliau masih menjalani hukuman, tak pasti sempat tak melawat beliau di sana. Ada juga yang call sy bertanyakan ttg hadiah wang yg dimenangi, nasihat sy pd wanita bbangsa Cina ini ialah pergi buat lapuran polis krn tlh meng'sms' no akaun pd pihak tdk dikenali dan baik pihak PETRONAS maupun KLCC tdk pernah m'hantar sms ttg wg sebyk RM25000. Secara logik, siapa yg akan berikan wg sebyk itu dgn percuma tanpa bertanding? Ianya tdk wujud sama sekali. Ada kwn sekerja terima sms yg sama, a/b beliau call nombor tersebut suara lelaki indonesia yg m'jwb, bila ditanya kenapa hantar sms mcm tu, jwpan yg amat menyakitkan hati 'sbb org Malaysia mudah ditipu'. Sy rasa baik Media cetak maupun media elektronik tlh byk melapurkan perkara ini, pokok pangkalnya diri kita sendiri. Alhamdullillah pengalaman ini menjadi sempadan utk sy lebih berhati2 krn modus operandi spt ini masih lg berleluasa spt mana yg sy terima emel dr sorng 'balu' kematian suami tdk mpy anak ingin mengadakan busines tp 'wasiat suami' mesti buat di Malaysia..pls guys..stop for a while, think and read btw the line. Selebihnya mohon perlindungan drp ALLAH SWT.

    Wasallam

    ReplyDelete
  6. siapa wanita nak kawan dgn saya boleh sms ke 0166815851 .hanya wanita di kawasan kl sahaja dilayan

    ReplyDelete

PELAWAT