Saya berpendapat, apa jua tahun baru yang diraikan (Hijrah atau Masihi) kita perlu bermuhasabah akan hari-hari yang telah berlalu di tahun 2011. Antaranya:
- Adakah aku berjaya merubah kelemahan di dalam diri dan mencapai kekuatan baru di tahun tahun 2011?
- Adakah aku menjalinkan persahabatan baru yang aku inginkan di tahun 2011?
- Adakah aku berubah secara fizikal, mental dan emosi di tahun 2011?
- Adakah aku merebut peluang di tahun 2011?
- Adakah aku berjaya membentuk cara hidup sihat melalui beberapa perubahan di tahun 2011?
- Adakah aku berjaya menyimpan dan membuat pelaburan untuk masa hadapan di tahun 2011?
Jika anda menjawab salah satu soalan dengan 'TIDAK', anda belum terlewat. Ini 'best'nya bermuhasabah. Kita diberi peluang kedua untuk make things right. Ini pilihan masing-masing. Kita mempunyai pilihan untuk menjadi diri kita yang terbaik dan mendapat yang terbaik.
Bagi saya, orang berjaya, mempunyai MATLAMAT dan bukannya azam tahun baru. Soalan yang diberikan sebentar tadi hanyalah sebahagian soalan-soalan untuk kita bermuhasabah dalam meletakkan matlamat yang sesuai untuk diri.
Jalan untuk melaksanakan matlamat itu akan terbentang apabila anda bersungguh-sunguh mahu mencapai matlamat tersebut. Ingin diingatkan, adakala matlamat yang kita ingin capai tidak mampu dicapai dalam tempoh 365 hari. Ia memakan masa.
Saya doakan semoga saya dan rakan-rakan sekalian diberkati Allah di tahun 2012 dan semoga apa yang terbaik yang kita ingini dipermudahkan olehNya.
No comments:
Post a Comment