Friday, January 20, 2012

CANTIK DI MATA YANG SATU

Pengalaman belajar di Amerika Syarikat banyak membuka mata saya mengenai banyak hal. Antaranya, erti persahabatan, kecantikan, kasih sayang, prinsip diri dan kesihatan. Di sana, saya bukan sahaja memperolehi Ijazah Sarjana Muda, malah ilmu paling berharga ialah anjakan paradigma. Saya belajar bahawa setiap perkara mempunyai terjemahan konsep berbeza berbanding yang telah diterapkan di  Malaysia.

Di Malaysia, tipikal yang dipanggil cantik ialah badan yang slim, kulit yang cerah dan ketinggian lebih dari 5 kaki. I am, none of the above.  Jika anda pernah menonton, filem Kuch Kuch Hota Hai, ada satu dialog antara Salman Khan dan si kecil (watak Anjali kecil). Mereka bercerita mengenai Anjali (Kajol). "Dia dah la gemuk, hitam, pendek...". Aduh! terasanya. Itu deskrpsi fizikal saya. Semasa kecil, saya tidak pernah melihat diri saya secara fizikal cantik. Saya membesar dengan muka yang penuh jerawat dan kesukaran mencari baju sesuai kerana bertubuh gempal. Malah, imej 'cantik' yang dipaparkan di kaca tv turut menyumbang pada low self-esteem dan mantra "aku tak cantik..."

Namun, semuanya berubah ketika di tahun pertama di Amerika. Teman sebilik bernama Kate memuji 'kecantikan' saya menyebabkan saya tersipu malu ;) Dia kata, "you have beautiful black eyes". Malah, Kate juga cemburu melihat warna kulit saya yang 'tan' sepanjang tahun, mata yang tidak perlu dicalit maskara mahupun eye liner dan rear end yang menjadi impian setiap wanita di Amerika. Malah, gigi saya juga pernah mendapat perhatian. Gigi?!

Pujian-pujian tersebut membuatkan saya berfikir lama.... cantik ke aku? Selama duduk di Malaysia tiada seorang pun memuji mata, gigi mahupun warna kulit saya yang sawo matang. Tup, tup... baru setahun tinggal di Amerika, saya dipuji sebegitu rupa.

Alhamdulillah...pengalaman itu memberi satu anjakan kepada diri saya akan erti cantik di mata yang satu atau beauty lies in the eyes of the beholder. Pengalaman itu juga memberi saya a boost of confidence dan membuatkan saya turut melihat erti cantik dari pandangan mata yang berbeza.

Apabila saya menulis buku Bujang OK, saya mahu setiap kawan-kawan yang membaca buku itu (dan blog ini) supaya menyanyangi diri sendiri. Itu prinsip pertama dalam usaha berubah menjadi diri anda yang terbaik. Anda cantik sebagaimana Tuhan jadikan anda. Jangan merasa rendah diri semata-mata kerana anda tidak menepati 'deskripsi cantik' masyarakat setempat. Percayalah, kekurangan yang anda lihat dicermin sebenarnya satu keistimewaan pada individu yang lain (di tempat yang lain).

Saya percaya di mana sahaja kita berada, anjakan boleh berlaku. Paling penting adalah kesediaan kita untuk mempelajari dan memilih yang terbaik untuk diri kita. Doa saya semoga setiap dari kita terus berusaha untuk menjadi diri kita yang terbaik dan mudah-mudahan Tuhan makbulkan dengan memberikan segala-gala yang terbaik.

2 comments:

  1. You dont have to wait those american to tell you pretty... You re really cute..pretty since you re little girl ..dear...

    ReplyDelete
  2. hai, nak tanya. dulu study US kat U mana?

    ReplyDelete

PELAWAT