Friday, January 20, 2012

CANTIK DI MATA YANG SATU

Pengalaman belajar di Amerika Syarikat banyak membuka mata saya mengenai banyak hal. Antaranya, erti persahabatan, kecantikan, kasih sayang, prinsip diri dan kesihatan. Di sana, saya bukan sahaja memperolehi Ijazah Sarjana Muda, malah ilmu paling berharga ialah anjakan paradigma. Saya belajar bahawa setiap perkara mempunyai terjemahan konsep berbeza berbanding yang telah diterapkan di  Malaysia.

Di Malaysia, tipikal yang dipanggil cantik ialah badan yang slim, kulit yang cerah dan ketinggian lebih dari 5 kaki. I am, none of the above.  Jika anda pernah menonton, filem Kuch Kuch Hota Hai, ada satu dialog antara Salman Khan dan si kecil (watak Anjali kecil). Mereka bercerita mengenai Anjali (Kajol). "Dia dah la gemuk, hitam, pendek...". Aduh! terasanya. Itu deskrpsi fizikal saya. Semasa kecil, saya tidak pernah melihat diri saya secara fizikal cantik. Saya membesar dengan muka yang penuh jerawat dan kesukaran mencari baju sesuai kerana bertubuh gempal. Malah, imej 'cantik' yang dipaparkan di kaca tv turut menyumbang pada low self-esteem dan mantra "aku tak cantik..."

Namun, semuanya berubah ketika di tahun pertama di Amerika. Teman sebilik bernama Kate memuji 'kecantikan' saya menyebabkan saya tersipu malu ;) Dia kata, "you have beautiful black eyes". Malah, Kate juga cemburu melihat warna kulit saya yang 'tan' sepanjang tahun, mata yang tidak perlu dicalit maskara mahupun eye liner dan rear end yang menjadi impian setiap wanita di Amerika. Malah, gigi saya juga pernah mendapat perhatian. Gigi?!

Pujian-pujian tersebut membuatkan saya berfikir lama.... cantik ke aku? Selama duduk di Malaysia tiada seorang pun memuji mata, gigi mahupun warna kulit saya yang sawo matang. Tup, tup... baru setahun tinggal di Amerika, saya dipuji sebegitu rupa.

Alhamdulillah...pengalaman itu memberi satu anjakan kepada diri saya akan erti cantik di mata yang satu atau beauty lies in the eyes of the beholder. Pengalaman itu juga memberi saya a boost of confidence dan membuatkan saya turut melihat erti cantik dari pandangan mata yang berbeza.

Apabila saya menulis buku Bujang OK, saya mahu setiap kawan-kawan yang membaca buku itu (dan blog ini) supaya menyanyangi diri sendiri. Itu prinsip pertama dalam usaha berubah menjadi diri anda yang terbaik. Anda cantik sebagaimana Tuhan jadikan anda. Jangan merasa rendah diri semata-mata kerana anda tidak menepati 'deskripsi cantik' masyarakat setempat. Percayalah, kekurangan yang anda lihat dicermin sebenarnya satu keistimewaan pada individu yang lain (di tempat yang lain).

Saya percaya di mana sahaja kita berada, anjakan boleh berlaku. Paling penting adalah kesediaan kita untuk mempelajari dan memilih yang terbaik untuk diri kita. Doa saya semoga setiap dari kita terus berusaha untuk menjadi diri kita yang terbaik dan mudah-mudahan Tuhan makbulkan dengan memberikan segala-gala yang terbaik.

Wednesday, January 4, 2012

BERMUHASABAH DI TAHUN BARU

Sengaja menunggu sehingga hari ke lima tahun baru untuk menulis sesuatu di blog. Seminggu sebelum tahun baru, kiri kanan orang bertanyakan azam tahun baru. Masuk hari pertama bekerja (3 Januari 2012) semua masih dengan mode cuti tahun baru (dan teruja bercerita mengenai dividen ASB yang perolehi).Hari ini, mungkin ada di antara anda mula terdetik, bagaimana aku nak mula laksanakan azam tahun baru itu?

Saya berpendapat, apa jua tahun baru yang diraikan (Hijrah atau Masihi) kita perlu bermuhasabah akan hari-hari yang telah berlalu di tahun 2011. Antaranya:

  1. Adakah aku berjaya merubah kelemahan di dalam diri dan mencapai kekuatan baru di tahun tahun 2011?
  2. Adakah aku menjalinkan persahabatan baru yang aku inginkan di tahun 2011?
  3. Adakah aku berubah secara fizikal, mental dan emosi di tahun 2011?
  4. Adakah aku merebut peluang di tahun 2011?
  5. Adakah aku berjaya membentuk cara hidup sihat melalui beberapa perubahan di tahun 2011?
  6. Adakah aku berjaya menyimpan dan membuat pelaburan untuk masa hadapan di tahun 2011?
Dari 6 soalan ini, adakah anda menjawab semuanya 'YA'? Jika ya, maka apa yang kita perlu lakukan adalah tingkatkan momentum melalui strategi yang lebih mantap.

Jika anda menjawab salah satu soalan dengan 'TIDAK', anda belum terlewat. Ini 'best'nya bermuhasabah. Kita diberi peluang kedua untuk make things right. Ini pilihan masing-masing. Kita mempunyai pilihan untuk menjadi diri kita yang terbaik dan mendapat yang terbaik.

Bagi saya, orang berjaya, mempunyai MATLAMAT dan bukannya azam tahun baru. Soalan yang diberikan sebentar tadi hanyalah sebahagian soalan-soalan untuk kita bermuhasabah dalam meletakkan matlamat yang sesuai untuk diri.

Jalan untuk melaksanakan matlamat itu akan terbentang apabila anda bersungguh-sunguh mahu mencapai matlamat tersebut. Ingin diingatkan, adakala matlamat yang kita ingin capai tidak mampu dicapai dalam tempoh 365 hari. Ia memakan masa.

Saya doakan semoga saya dan rakan-rakan sekalian diberkati Allah di tahun 2012 dan semoga apa yang terbaik yang kita ingini dipermudahkan olehNya.

PELAWAT