"Dah umur macam ni, tak payah memilih sangat. Ambik je. Asal kahwin..."
Jika ada sesiapa membuat kenyataan sebegini kepada anda, bangun dari kerusi dan tinggalkan sahaja mereka. Siapa mereka untuk meletakkan anda di bawah par?
Adakah kerana anda masih bujang di kala kawan-kawan sedang membina keluarga, anda di cop tidak berhak untuk memilih?
Anda berhak memilih...
- untuk memperbaiki diri anda menjadi seorang wanita/lelaki hebat
- untuk mencari dan menilai kawan-kawan yang boleh membantu anda menjadi diri anda yang terbaik
- untuk mencari dan menilai bakal pasangan yang akan sehidup semati dengan anda
- untuk mencari, memilih dan memperolehi ilmu yang boleh menjadi diri kita terbaik
- untuk....
Anda berhak untuk memilih APA SAHAJA yang terbaik.
Malangnya, kebanyakkan dari kita membesar dengan konsep
- kaya akan jadi sombong
- berpelajaran tinggi akan lupa dengan agama dan adat budaya
- lambat dapat anak, something wrong with that person
- lambat kahwin, something wrong with that person
- bercerai, something wrong with that person
- menanam impian, sama macam Mat Jenin
- ..... dan lain-lain
Pilihan untuk menjadi TERBAIK adalah pilihan mengubah halatuju hidup anda dari 'zon selesa' ke kehidupan yang lebih cemerlang. Perubahan konsep atau anjakan paradigma ini memerlukan kesedaran. Dan, kesedaran untuk berubah mesti datang dari burning desire anda sendiri.
Saya sedar, perjalanan untuk berubah adalah satu liku yang kita perlu tempuhi. Namun, kenikmatan mencapai impian menjadi yang terbaik (kerjaya, sosial, kewangan, kesihatan dan lain-lain) adalah nikmat yang cukup manis. Doa saya, semoga kenikmatan itu anda akan kecapi.
Mimi Salleh
Very2 true...
ReplyDeleteSalam...izinkan sy utk share dlm blog sy...tenkiu ;)
ReplyDeletesememangnyer..yang nak kawen pun kiter, yang nak hidup bersama sampai ke akhir hayat pun kiter.. So,pilih yang terbaik..
ReplyDeletesaya setuju... biar lambat jnj bahagia hingga ke syurga...
ReplyDelete