Tuesday, November 2, 2010

QUE SERA, SERA


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be? 
Will I be pretty, will I be rich? 
This what she said to me...

Que Sera, Sera
What ever will be, will be
The future not ours to see
Que Sera, Sera


Andaikan, anda 'menyanyikan' lirik lagu ini kepada ibu (atau sesiapa sahaja untuk meminta nasihat), "mak, boleh ke Ayang (contoh aje) jadi cantik dan kaya?" yang mana satu, jawapan di bawah ini, besar kemungkinan menggambarkan jawapan yang anda bakal terima?

  • "ala Ayang, tak payah susah-susah fikir, Tuhan yang tentukan..."
  • "Ayang, Ayang, kau ni berangan je. Mana kau boleh kaya dengan gaji sebanyak itu..."
  • " Berusaha je Ayang. Masa depan ni, kita tak nampak. Kita yang usaha, nak jadi apa-apa pun boleh."
  • "Hish... banyak sangat tanya..."
Kepada yang beruntung, mereka akan menerima jawapan yang menggalakkan mereka untuk terus berusaha. Tetapi, kebanyakkan dari kita tidak seberuntung itu. Malah, ada yang sering menerima jawapan yang mengecewakan seperti "Ayang, Ayang, kau ni berangan je. Mana kau boleh kaya dengan gaji banyak itu..."

Impian ialah satu visi mengenai apa yang kita mahu capai. Impian setiap orang berlainan. Menanam impian  mengambarkan kehidupan yang kita dambakan. Malangnya, impian sering dikaitkan dengan 'angan-angan Mat Jenin'. Justeru, ramai di antara kita tidak pernah berimpian, malah ada yang dilarang untuk berimpian.

Berimpian, tak salah. Namun, seperkara mengenai impian, jangan asyik bertanya, "will i become that?" atau "can I do that?" kerana hanya ada 2 jawapan kepada soalan itu, "YES" atau "NO". Impian yang KITA NAK CAPAI bukan untuk ditanya kepada seseorang lain. Siapa mereka untuk menentukan sama ada KITA BOLEH capai ataupun tidak? Kita menentukan sama ada impian itu kita nak capai atau tidak.

Disarankan kepada sesiapa yang nak mencapai apa jua impian (impian nak kaya, popular, kahwin, ramai kawan, slim dan lain-lain) melakukan 3 perkara berikut:
  1. Tulis impian itu. Walau betapa 'gila' impian yang anda ada, CATAT impian tersebut di dalam buku/jurnal/diari
  2. Kelilingi diri anda dengan 'aura yang positif' -kawan2, kursus, buku, 
  3. Sentiasa bermuhasabah dan berusaha untuk berubah menjadi diri anda yang TERBAIK.

Perubahan di atas melibatkan 3 anjakan serentak iaitu  
MINDA + SIKAP + HABIT

 Melakukan perubahan tidak semudah mengukapkannya. Justeru, 3 langkah di atas adalah cara paling mudah yang anda boleh lakukan perlahan-lahan. Malah, jika anda baca semua buku self-help atau buku motivasi, 3 langkah ini adalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar.

Doa saya semoga anda diberi kekuatan untuk terus menjadi diri anda yang terbaik. Berimpianlah. Kelak, lihat dan nikmatilah impian anda itu apabila ia dicapai.

Mimi Salleh

3 comments:

  1. Enjoy ngan artikel2 dlm blog ni yg bagi saya berguna utk semua, bukan bujang aje. Mmg perubahan patut bermula dgn perubahan pd MINDA, SIKAP & HABIT. Sbb rata2 yg kita dengar ialah rengusan & rungutan org yg ingin keadaan berubah, ingin diri berubah ... tp sekadar cakap2 yg tak disambut dgn tindakan. Sbb minda & sikap belum bersedia berubah sebagaimana yg konon berulangkali dikatakan dek mulut empunya badan sendiri. Where there's a will, there's a way.

    ReplyDelete
  2. yes!! membaca blog saudari pun seolah2 dibayangi aura yang sangat sihat, segar dan positif!! terima kasih krn membuka minda saya... terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Gaya penulisan dalam blog ini sungguh positif...berguna untuk mengubah pemikiran saya...especially orang2 bujang spt saya....(^_^)

    ReplyDelete

PELAWAT