Berapa ramai antara orang bujang yang akan angkat tangan (tanda setuju) dengan kenyataan "Single is simple"? Itu pendapat masing-masing. Secara peribadi saya TIDAK melihat kehidupan saya sebagai single itu simple.
Dalam kitaran hidup manusia, kita melalui beberapa fasa dan peranan (roles) dalam keluarga...
- bayi, anak kecil (toddler), kanak-kanak, remaja => sebagai anak/adik/kakak/abang
- dewasa => sebagai orang bujang, isteri/suami, ibu/bapa,
- tua => sebagai nenek/datuk
Kebiasaanya, fasa hidup manusia seperti berikut ...
alam kanak-kanak (usia 0-5) => alam persekolahan (usia 6-21) => kehidupan bujang => alam perkahwinan (purata usia 21 tahun) => usia tua (usia 55 ++)
Apa yang berlaku pada orang bujang ialah fasa 'hidup bujang' melepasi fasa 'kebiasaan' hidup manusia. Ini menyebabkan berlaku beberapa kecelaruan peranan she/he not a child anymore but not yet a wife/ husband.
Sepatutnya pada usia 30an, seseorang itu sudah bergelar isteri atau suami. Apa yang berlaku dalam keluarga yang mempunyai anak bujang 30an, si ibu dan ayah akan menganggapnya sama seperti anak-anaknya yang di alam persekolahan (usia 6-21 tahun)...
- "Ani angkat jemuran, hujan nak turun..."
- "Amin, bangun dah tengahari..."
- "Kenapa tengok TV je?"
- "Pakailah baju tu elok-elok sikit"
.... sedangkan jika si bujang sudah berkahwin (usia 30 tahun ke atas), ibu bapanya tidak akan menggunakan ayat atau suruhan seperti ditujukan kepada 'budak-budak'.
Apabila orang bujang, not a child anymore but not yet a wife/husband, masyarakat umum juga seperti tip-toeing akan beberapa perkara...
- "nak panggil apa ye, Cik ke Puan?"
- "Makcik, makcik... " (panggilan kanak-kanak kepada wanita berusia 36 tahun yang kebetulan mempunyai anak saudara yang bersekolah sama)
- "Hello, saya ingin menawarkan pakej pelancongan kepada puan dan suami puan ke Eropah...." telemarketing membuat cold-call kepada seorang wanita bujang berusia 36 tahun
- "Servik kanser sering berlaku kepada wanita berusia 35 tahun ke atas, puan dah buat pap-smear?" tanya seorang pegawai perubatan kepada wanita bujang berusia 40 tahun.
Kahwin itu satu sunnah. Kehidupan bujang adalah satu proses yang semua akan dan telah lalui. Cuma kita (orang bujang) melaluinya 'lama sikit' dari orang lain. Doa saya, anda tidak berputus asa. Perubahan menjadi diri anda yang terbaik akan membantu anda "simplify" laluan anda ke arah gerbang perkahwinan.
Mimi Salleh
hidup bujang x semudah yg disangka.kalau si bujang perempuan kena bersedia menghadapi tohmahan dan sindiran dari masyarakat...dh bersedia ke wahai 'si bujang senang' sekalian???
ReplyDeletehahaha... nora, bujang senang tu buaya kat Sarawak.
ReplyDeleteAntara ciri Bujang OK ialah mereka mahu berubah menjadi diri mereka yang terbaik. Bagi mereka pemusnah impian adalah sebahagian dari stigma hidup membujang
Sy pun selalu menggunakan frasa "single is simple" sebagai penyedap hati...huhu...
ReplyDeletesy suka ayat ni "not a child anymore but not yet a wife/husband" hehe...dilemma bg yg single sptku.