Lama sungguh tak up-date blog. Minta maaf kawan2. Walaupun saya tidak di sini, tetapi hati saya sentiasa ingat pada anda semua :)
Jika anda follow FB saya, tahun ini azam saya adalah untuk "Back to Basic". Terus-terang, saya sendiri tak berapa jelas apa sebenarnya yang saya nak capai tahun ini (long term goals memang ada). Tapi, saya sesungguh, sungguh, sungguh hati mahu go back to basic untuk semua aspek kehidupan karier, kewangan, spiritually, emotionally etc. Alhamdullilah, Allah tunjukkan caranya.
Bermula Februari saya terpanggil untuk mengikuti seminar Dr Azizan Osman (sudah 5 seminar DAO yang saya ikuti semenjak Feb). Pada masa yang sama, saya terpanggil untuk melangkahkan kaki ke masjid dan meluangkan masa untuk mendengar kuliah maghrib. Dan, pada masa yang sama, saya juga terpanggil untuk memikirkan hal syarikat saya dalam skop yang lebih besar.
Alhamdullillah, dalam tempoh ini juga, saya mengenali ramai kawan-kawan yang bersemangat untuk merubah hidup mereka.... ada yang sudah pakai tudung, menunaikan umrah, mendaki Gunung Kinabalu, konsisten memasuki acara larian dan banyak lagi. I love you all before, but now I love you more, more, more for the changes you are making :)
Walaupun masih ada lapan bulan lagi sebelum tamatnya 2012, namun saya teruja untuk menjadi lebih baik. Bagi saya, hasrat untuk berubah tidak perlu tunggu Tahun Baru, 1hb atau hari Isnin. Kita boleh berubah bila-bila masa dengan pra-syarat.... AKU MAHU BERUBAH! Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebak (gembira) melihat hidayah Allah yang ditunjukkan melalui perubahan kawan-kawan FB dan artis-artis kita.One big lesson I learn these past months, hidayah dan nikmat dari Allah is not given for free, it is earn. We have to ask from Allah plus work to CHANGE.
Doa saya, semoga diri ini terus istiqamah dalam apa jua urusan dan semoga kita semua kaya & berjaya dunia akhirat :)
No comments:
Post a Comment