Tuesday, June 5, 2012

TRAVELOG 5-KULIHAT DAN KURASA CINTA DI MEKAH

Dalam persediaan mengerjakan umrah, saya paling khuatir soal hati. Tutur kata boleh dilapik-lapik.... sikap boleh dilakonkan .... tapi hati adalah ego yang Tuhan cipta sebagai ujian. Hati boleh bercakap walaupun ketika sedang bersembahyang, sedang berbual dengan kawan apatah lagi apabila duduk berseorangan.

Di Madinah dan Mekah, memang terasa apa yang dihati terlahir pada kelakuan dan sikap. Sentiasa doa saya setiap kali minum air zam-zam supaya Allah berikan saya kecantikan hati. Saya tidak mahu hati saya berkata perkara-perkara yang remeh (seperti mengata polan si polan) sepanjang saya di Madinah, Mekah dan seterusnya mahu mengekalkan istiqamah hati saya apabila pulang ke tanahair.Di sana, hati ini sentiasa diuji apabila diperlihatkan pelbagai ragam manusia dan distraction yang pelbagai. Di sana saya juga mohon supaya Allah hanya tunjukkan perkara-perkara yang terbaik sahaja. Alhamdulilah... Allah banyak tunjukkan CINTA kepada saya.

  • Cinta pada orang tua
  • Cinta pada kanak-kanak
  • Cinta anak pada ibu dan bapa 
  • Cinta antara suami dan isteri
  • Cinta pada binatang
Cinta antara suami dan isteri
Kak Hana dan suami
Saya sukeee sangat melihat keakraban hubungan suami dan isteri sepanjang saya di Mekah. Kemana sahaja bersama-sama ... waktu makan, waktu sembahyang, waktu tawaf, waktu saie, waktu ziarah.... Di dalam group saya ada beberapa pasangan suami isteri (yang baru kahwin pun ada). So sweeet bila masing-masing usik mengusik.... terutama ketika mutawif beritahu buih susu unta boleh jadi ubat awet muda... si isteri terus sapu di muka :D:D:D

Kak Hajar dan suami
Di Madinah dan di Masjidil Haram, saya melihat suami-suami menunggu si isteri di muka pintu. So sweeet melihat wajah si suami seperti kehilangan sesuatu yang tiada ganti.... Malah, saya pernah melihat insiden ketika di Masjidil Haram, sepasang suami isteri yang sudah tua ingin masuk ke pintu yang dikhaskan untuk wanita. Si suami yang sudah sedikit bongkok bercakap sesuatu dengan pengawal... dari bahasa badannya kelihatan seperti dia minta izin untuk dia dan isteri sembahyang bersama di situ... tangan pengawal mengisyaratkan, NO, NO, NO... dengan sedih pasangan suami isteri itu keluar dan mencari tempat lain untuk sembahyang bersama... saya mengagak pastinya di dataran kerana ketika itu azan sudah dilaungkan... dan waktu itu cuaca cukup terik....


Setiap kali saya melihat pasangan suami isteri sebegini, bohong jika saya kata saya tidak cemburu. Betapa nikmatnya apabila Allah beri keizinan untuk mereka berdua mengalami pengembaraan umrah bersama-sama. Dan, setiap kali saya melihat cinta yang lahir antara suami isteri sebegini, saya juga mendoakan semoga saya kelak akan datang lagi ke tanah suci bersama-sama suami saya...

Cinta anak pada ibu bapa
Kak Sarah, Kak Sham dan ibu mereka
Pada 18 Disember 2011, apabila saya mula terdetik untuk mengerjakan umrah, mak adalah orang pertama yang saya telefon meluahkan hasrat di hati. Saya ajak mak dan abah ikut sekali. Mak terdiam seketika, "nanti mak tanya abah...". Abah saya diserang strok pada 2 Disember 2009. Keadaannya OK tapi sudah OKU. Abah perlu bantuan terutama jika berjalan jauh.... Dua hari kemudian apabila ditanya, mak kata "tak pe lah, Murni pergi je...".

Ketika di Madinah dan Mekah, saya melihat ramai anak yang membawa ibu bapa yang uzur. Selalu terdetik di hati "I wish mak abah are here... I know I can take care of them...", tapi hati saya selalu dipujuk "Allah lebih mengetahui apa yang terbaik....". Apabila Allah amanahkan saya menjaga orang tua (seperti entri sebelum ini), hakikatnya saya menganggap mereka seperti ibu dan bapa saya, walaupun seketika.

Saya kagum (dan jatuh hati) pada anak-anak yang menjaga ibu dan bapa mereka... mereka menyorong kerusi roda pergi dan balik masjid, memapah ibu bapa mereka menaiki kapal terbang dan sentiasa memastikan their parents best interest at heart.... tabik spring.

Doa saya semoga Allah terus tunjukkan cinta-cinta ini walaupun saya kini sudah 14 hari pulang ke Malaysia, dan harapan saya kawan-kawan yang membaca entri ini terus disirami kasih sayang dari orang sekeliling.

2 comments:

  1. alhamdulillah dh selamat smpi ketanahair yee.. ehhee, salamm

    ReplyDelete

PELAWAT