"Lelaki memang ego!"
"Habis, perempuan tak ego?"
Siapa ego, siapa tidak, persoalan yang memang tiada kesudahan. Semua akan menuding jari ke arah satu sama lain sambil mengata "dia ego". Kadang-kala saya berasa marah terhadap Dr John Gary kerana memilih tajuk bukunya Men From Mars, Women From Venus. "Hello Sir, both men & women came from the same planet la" I wish I can say that to his face. Geram.
Saya faham maksud Dr Gray. Secara fizikal kita jelas berbeza. Pemikiran kita juga berbeza apabila diambil kira hormon dan emosi masing-masing. Kerana perbezaan itulah, lelaki suka/menyintai/mendambakan wanita. Begitu juga sebaliknya.
“Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
- pasangan yang menghormati diri kita
- pasangan yang menghormati keluarga, kawan dan semua perkara yang kita sayang
- pasangan yang menyayangi kita seadanya
- pasangan yang mempunyai wavelength (visi, ideologi, konsep hidup, perancangan masa depan) yang sama dengan kita
- pasangan yang mengambil berat hal ehwal diri kita
- pasangan yang mempunyai nilai/budaya/cara hidup yang sepadan dengan kehidupan kita
Malah, orang bujang yang menggunakan kata-kata "susah nak cari lelaki/wanita yang baik sekarang, semuanya ego", juga TIDAK ADIL. Ego ialah personaliti seseorang. Bagi mereka yang sukar mengawal ego, ia akan terlahir dalam bentuk percakapan yang kasar, meninggi diri, angkuh dan sebagainya. Tetapi, bagi mereka yang sudah belajar mengawal ego, kematangannya terlahir dalam perbualan & gerak tubuh.
Menjadi Bujang OK, anda akan sedar bahawa perubahan yang utama dalam menemui pasangan yang menepati (kemahuan & keperluan) HANYA AKAN ditemui apabila anda berubah. Perubahan ini penting kerana kehidupan berumahtangga melibatkan pertimbangan pilihan yang lagi kompleks (kerana melibatkan pelbagai pihak lain).
Berubah menjadi diri anda yang terbaik semasa bujang, anda TIDAK AKAN RUGI apa-apa, malah kenikmatan hidup dapat dirasai sepenuhnya. Percayalah, pada janji Tuhan...
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)
Saya seru rakan-rakan bujang untuk menjadi diri anda yang terbaik. Rezeki (termasuk jodoh) ada untuk setiap yang berusaha. Insya Allah, usaha anda untuk berubah akan mendekatkan anda dengan rezeki-rezeki yang dicari. Doa saya semoga anda tidak berputus asa.
Mimi Salleh
agree! nice entry :)
ReplyDeleteabsolutely agree...sgt tak setuju bila org kata lelaki/perempuan bujang ni terlampau memilih...semua orang nakkan yang terbaik..dan saya percaya janji Allah setiap orang itu memang dijadikan berpasang-pasangan..ape yang penting berubah untuk yang lebih baik setiap hari..
ReplyDelete