Tuesday, December 7, 2010

10 MINUTES ON-TIME, ON-TIME IS LATE!

Tahun ini, Maal Hijrah 1432 bertandang tiga minggu lebih awal dari tahun Masihi 2011. Perbezaan cara orang menyambut kedua-dua tahun baru ini cukup menarik. Maal Hijrah disambut dengan doa akhir & awal tahun, manakala sambutan tahun baru masihi dengan gemerlapan cahaya bunga api.

Disebalik sambutan Maal Hijrah mahupun Tahun Baru Masihi, konsep menanam azam tahun baru telah dijadikan seperti klise (cliche). Masuk sahaja tahun baru, semua bertanyakan. "apa azam tahun ini?" Mengapa 1hb Muharram atau 1hb Januari sering dijadikan pemula segala niat?

Semasa menjadi Resident Assistant (RA) di Illinois State University, Amerika Syarikat, kami diajar konsep disiplin '10 minute is on-time, on-time is late'. Maksudnya, jika kami perlu menghadiri mesyuarat, kami perlu sampai 10 minit awal. Jadi jangan berlagaklah untuk kata anda sudah sampai awal, andai anda datang ngam-ngam sebelum mesyuarat bermula.

Saya melihatkan, konsep '10 minute is on-time, on-time is late' ini sama seperti menetapkan azam tahun baru. Apabila ngam-ngam tahun baru ( Maal Hijrah mahupun 1hb Januari) baru mula nak buat azam, bila masa anda nak melaksanakanya? Esok? Lusa? Pada pendapat saya, itu dah lambat.

Mungkin ada yang akan berkata, never late that never.... Tapi masalahnya, we always late!

Bayangkan setiap 1hb Januari dan 1hb Muharram, tahun berganti baru. Dan, setiap hari selepas itu, helaian tarikh berganti lagi. Ramai yang mengeluh, "Aduh, cepatnya masa berjalan... tahun depan aku dah 21". Akhirnya tiba 31 Disember, azam tahun baru dibuat lagi. Maka, rutin yang sama bermula. Keluhan juga berterusan, "Aduh, cepatnya masa berjalan.... tahun depan aku dah 41...".

Bila masanya, this never ending-routine akan berakhir?

Ia berakhir pada hari dan waktu apabila anda ambil keputusan untuk berubah menjadi diri anda yang terbaik! Tiada jawapan lain.

Semua tahun masa itu emas. Semua boleh quote surah Al-Asr. Tapi mengapa tidak ramai beramal dengan ayat tersebut?

Saya menyeru rakan-rakan terutama orang bujang untuk menetapkan azam untuk berubah sebaik sahaja terdetik dihati. JANGAN tunggu hari Isnin, 1hb Januari mahupun 1hb Muharram untuk MULA menyenaraikan azam. Orang yang bersungguh-sungguh hendak berubah seharusnya sudah bermula LEBIH AWAL lagi.

Doa saya agar lebih ramai orang bujang mencapai impian mereka. Impian untuk mencapai apa jua bentuk kejayaan memberi satu nilai tambah kepada diri seseorang insan. Insya allah, menjadi Bujang OK adalah hadiah terbaik yang dapat berikan kepada diri anda.

Salam Maal Hijrah,
MIMI SALLEH

No comments:

Post a Comment

PELAWAT