Sunday, December 12, 2010

"AKU NAK KAHWIN, TAPI...."

Ada seorang bertanya, "Kenapa, ramai sangat yang membujang sekarang ni?". Saya menjawap, "Kerana kita sudah tidak reti bercinta...".

Saya harus minta maaf, kerana itu hanya 'jawapan selamat'. Jawapan sebenar tidak semudah itu. Memberitahu jawapan sebenar seolah-olah seperti saya membuka pekung di dada. Dan, pada waktu itu, hanya jawapan "Kerana kita sudah tidak reti bercinta..." mampu diberikan.

Jawapan sebenar, sebenarnya ialah semakin ramai orang bujang melalui proses ambivalen (termasuk saya). Ambivalen disebabkan oleh ketidakupayaan membuat keputusan disebabkan dua perkara dimahukan serentak (caused by inability to make a choice or by a simultaneous desire to say or do two opposite or conflicting things). Maksudnya, yearn (keinginan) and fear (khuatir) berlaku serentak. Paling senang untuk kenal pasti ambivalen ialah apabila keinginan selalu diikuti dengan perkataan "tetapi". Contohnya...

  • "Aku nak bercinta, tapi aku tak handsome..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi aku tak de duit..."
  • "Aku nak berkenalan dengan Si Minah, tapi aku mat rempit, dia ustazah..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi keluarga aku porak peranda..."
  • "Aku nak suruh orang carikan isteri, tapi nanti apa orang akan kata..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi banyak lagi urusan yang belum diselesaikan..."
  • "Aku nak...., tapi....."

Ini yang berlaku kepada kebanyakkan orang bujang. Semua dari kita mahu berumahtangga, mahu mempunyai seseorang yang dipanggil kekasih dan mahu anak-anak yang memeluk erat... tetapi, setiap dari kita mempunyai 'sesuatu' yang menghalang.

'Sesuatu' yang dialami oleh si bujang mungkin kedengaran seperti alasan di telinga orang lain, ...."Aku nak berkahwin, tapi keluarga aku porak peranda...", namun kepada si bujang, ia 'sesuatu' yang amat besar. Bagi si bujang, dia mungkin tidak mahu keluarga bakal  isteri/suaminya itu membuat penilaian buruk terhadap keluarganya. Atau, dia tidak mahu, perkara yang sama berlaku pada perkahwinannya nanti. Semua ini adalah pertimbangan-pertimbangan yang bermain di minda dan benak si bujang.

Sama juga seperti ayat  "Aku nak berkahwin, tapi banyak lagi urusan yang belum diselesaikan...". Mungkin ada orang akan mempertikaikan, "...nak tunggu urusan selesai, sampai bilapun tak kahwin!". Namun, kepada si bujang yang mengalaminya, 'urusan yang perlu diselesaikan' itu juga sama berat dengan urusan kahwin.

Jadi, bagaimana untuk orang bujang hilangkan perasaan ambivalen?

Berdoalah kepada Tuhan. Tidak ada cara lain.

Berdoalah semoga Tuhan bukakan pintu hati disebalik 'sesuatu'. Hanya Tuhan yang maha mengetahui kemampuan kita menangani 'sesuatu' itu. Luahkan kepada Tuhan, "Aku nak kahwin. Aku tahu, aku mat rempit dan dia ustazah. Berikanlah aku kekuatan...". Andai itu jodoh kita, nanti Tuhan akan tunjukkan jalan. Bila, di mana dan bagaimana jalan itu akan dibuka untuk kita, hanya Tuhan yang tahu. Lambat atau cepat satu perkahwinan di tangan Tuhan.

Doa saya semoga saya dan kawan-kawan sekalian mendapat jodoh yang terbaik untuk diri masing-masing. Insya Allah, percayalah pada janji Tuhan.

MIMI SALLEH

10 comments:

  1. Tq berkongsi pandangan, Suka...:)

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun kembali kepada Allah..percaya kepada janjiNya disamping kita terus berusaha tanpa berputus asa..

    ReplyDelete
  3. hmmm...menarik..sbb aku pun nak kawen...tapiiii....pjg tapi nya tuuuu....

    ReplyDelete
  4. yup aku dah tak reti becinta sebab lama membujang.... ambivalen! yup itulah jawapannya.... ;-) Thanks artikel ini....ngam!

    ReplyDelete
  5. hahaha... ada yang dah terkena.

    Saya tahu ramai yang rasa macam ni, tapi tak tahu camna nak explain. Hah! Namanya ambivalen. Ambivalen ni bukan pasal kahwin je tau. Apa sahaja yang menyebabkan ke'confuse'an ada kena mengena dgn ambivalen

    ReplyDelete
  6. tersentuh sy bace dua perenggan yg terkhir ni...
    moge Allah kabulkan....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    nak share satu lagu...visit my site ok..

    http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/2011/03/lagu-untuk-si-bujang.html

    ReplyDelete
  8. salam,

    cam pernah baca tulisan u dalam Iluvislam.com... but, nie first time g kt blog u...;) tq atas perkongsian yang menarik nie yer

    ReplyDelete

PELAWAT