"Do or do not, there is no try"
Itu kata-kata Yoda kepada Luke Skywalker apabila menteenya itu tidak menfokuskan tenaga untuk mengangkat batu dengan kuasa minda.
Apa kena mengena cerita Star Wars dengan Bujang OK? Banyak... tapi, kaitan utama ialah mengenai kuasa memilih.
Dalam kehidupan seharian, kita perlu membuat pelbagai keputusan penting dalam hidup. Tidak dinafikan, adakala keputusan yang dibuat bukanlah yang terbaik. Kita mungkin tiada pilihan lain dan buat saat & ketika itu, hanya itu sahaja keputusan terbaik yang kita boleh buat.
Walau apa pun, keputusan mesti dibuat...
- habis SPM, sambung belajar atau cari kerja
- habis universiti, terus kahwin atau cari kerja
- usia meningkat, lupakan mengenai kahwin & menjalani hidup seperti biasa, atau mendoakan satu perkahwinan & berubah menjadi lebih baik
- hubungan dengan pasangan retak, terus berkahwin dan perbaiki diri/perhubungan, atau bercerai dan bina hidup baru
- habis SPM, "malas la pikir".... menganggur
- habis universiti, "malas la pikir".... menganggur
- usia meningkat, , "malas la pikir".... kekal bujang, kesepian & tiada achievement dalam hidup
- hubungan retak dengan pasangan, , "malas la pikir".... terus bersengketa antara suami isteri
Sama seperti Luke Skywalker, kita adalah insan terpilih yang diberi pelbagai peluang untuk menjadi yang terbaik. Pilihan itu ada. Tetapi, laluan untuk menjadi yang terbaik itu bukan berlaku semalaman (Star War pun ada 6 trilogi dengan yang pertama bermula 1977).
Saya seru semua bujang di Malaysia untuk membuat keputusan menjadi Bujang OK. Perubahan menjadi diri anda yang baik dan menikmati hidup yang cemerlang (saya beri jaminan) bakal menjadi keputusan paling baik yang anda berikan untuk diri anda. Akhirkata, saya ingin meminjam kata-kata Obi Wan Kenobi, "May the force be with you....",
I LOVE this article!
ReplyDeleteglad you enjoyed it
ReplyDelete. We have to make a choice if we want to grow/change.
ReplyDeleteSama seperti Luke Skywalker, kita adalah insan terpilih yang diberi pelbagai peluang untuk menjadi yang terbaik. Pilihan itu ada.