Monday, December 6, 2010

KAHWIN KENA IKHTIAR ...



"Mimi, what have you been doing to find jodoh?"

Itu tanya seorang kawan lelaki awal tahun ini. Dia seorang kawan seuniversiti yang kini menjadi CEO salah sebuah agensi kementerian (beza usia kami 9 tahun).

Semasa mendengar soalan itu, saya terperanjat sebab: 1) seorang kawan LELAKI yang bertanya; 2) saya tak pernah terfikir, antara banyak-banyak soalan mengenai kahwin, soalan itu yang ditanya.

Selalunya soalan 'cepu emas' ialah "bila nak kahwin?" & "kenapa tak kahwin?", tetapi soalan "apa tindakan yang saya telah buat untuk berkahwin?" adalah yang pertama.

Justeru, buat kali pertama juga, saya dedahkan "apa yang telah saya buat...."

Saya selalu berpegang pada prinsip.... jodoh jika cari di tempat yang baik-baik, akan jumpa yang baik-baik. (hahaha.. .so, saya pergi lah ke tempat yang baik-baik).

Antara tempat baik-baik:

1) Universiti 
Niat saya sambung belajar disamping nakkan ilmu ialah nak cari jodoh. Pada pendapat saya, sambung belajar ni, tidak akan rugi apa-apa. Tak dapat sijil nikah, dapat sijil ijazah :) Saya sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD.

2) Masjid
Niat saya menolong di masjid semasa Ramadhan ikhlas lillah taala nak membantu makcik-makcik yang dah tua-tua. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah, mana tau...

3) Kursus/seminar
Niat ke kursus/seminar ni memang nak tambahkan ilmu disamping meluaskan jaringan rakan-rakan bisnes. Saya ada syarikat penerbitan yang menerbitkan majalah USAHAWAN SUKSES. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah mana tahu.....

4) Kenduri Kahwin
Saya suka kenduri kahwin. Ramai orang bujang takut nak ke kenduri kahwin sebab takut soalan, "awak bila lagi?" Bagi saya, kenduri kahwin adalah majlis di mana masyarakat berkumpul, bergotong-royong dan saling berbual mesra. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah mana tahu.....

Tetapi masalahnya (bukan alasan ye) ...
  • di universiti, masing-masing terkejar-kejar antara urusan pejabat dan universiti menyebabkan saya dan lelaki bujang yang lain tak sempat berkenalan rapat
  • di masjid, tidak ada lelaki muda. Ada juga beberapa pasangan yang 'berkenan' nak berbesan dengan mak abah saya, tapi apabila mak pergi jumpa si anak lelaki, semua belum bersedia untuk berkahwin
  • di kursus atau seminar, kebanyakkan lelaki dah berkahwin. Polisi hidup saya, cukuplah dengan cabaran hidup yang ada, jangan ditambah lagi dengan berkahwin dengan suami orang
  • di kenduri kahwin, pun ramai suami orang

Saya percaya, tidak ada seorang pun orang bujang di luar sana yang mendoakan dirinya, membujang sehingga ke lewat usia 30an, 40an atau 50an. Urusan bila, dimana dan bagaimana kita akan bertemu jodoh, itu urusan Tuhan. Jangan ditanya. Tapi jangan menunggu sahaja. Kita mesti ikhtiar. Tetapi, kita ikhtiar menggunakan cara yang kita sendiri rasa selesa. Insya allah, rezeki (termasuk jodoh) ada kepada mereka yang berusaha. Perubahan menjadi diri anda yang terbaik menjanjikan rezeki-rezeki yang terbaik untuk anda. Ini janji Tuhan.

Bujang OK turut menyediakan Portal temu Jodoh kepada sesiapa yang ingin berikhtiar. Doa saya semoga iktiar anda (dan saya) menjadi yang terbaik dipermudahkan oleh Tuhan untuk mendapat yang terbaik juga.

Mimi Salleh

12 comments:

  1. Semoga bertemu dengan orang baik-baik ya~

    ReplyDelete
  2. Amin. Insya Allah, tu janji Tuhan. Bila kita berubah jadi yang terbaik, Allah temukan yang terbaik juga :)

    ReplyDelete
  3. share ye dear..tempat yg baik2 tak ada lelaki bujang sekarang yea? heheh

    ReplyDelete
  4. bujang ok. tapi x mo lame2. hehe.. nice blog!

    ReplyDelete
  5. jodoh ni masalah antarabangsa...hehehe..
    sy juga kerap ditanya, bila lg? dan jwpn sy juga tetap sama "cuti skolah"..cuti skolah yg mane, sy pn tak pasti...sbnrnya sy tiada jwpn utk soalan itu. jodoh tu rahsia Allah, sy hanya mampu berdoa diberikan yg terbaik dan berusaha merubah diri menjadi yg lebih baik..insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. urusan bila, dimana dan besar mana jodoh kita itu urusan tuhan. Urusan kita ialah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik

    ReplyDelete
  7. ameen.. setelah 2 thn saya mengabaikan perkara yang ini atas sebab terlampau sibuk.. hingga weken pun bekerja.. akhirnya bln 1 baru ni saya tersedar.. betapa saya dah mengabaikan sunnah rasullulah... sangt berterima kasih pada org yang menyedarkn saya itu.. sekarang fokus saya memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.. semuga allah menganugerahkan saya yang terbaek dimataNYA juga... :)..semuga kita sme akan mendpt jodoh yang sebaek-baeknya...

    ReplyDelete
  8. bab usaha ni, saya pernah merisik lelaki. Dia taknak. cukuplah sekali tu, takkan nak risik tiap2 bujang depan mata kot. Cumanya kalau ditanya apa usaha, saya dah ada jawapannya

    ReplyDelete
  9. akhirnya, saya terjumpa satu blog yang memberi semangat pasal jodoh. terima kasih penulis..semoga kita sama-sama dipermudahkan dalam usaha mencari jodoh..(^^)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tenang stlh mbaca artikel2 blog Bujang Ok. memberi kekuatan dan semangat ingin menjadi yg Terbaik. semoga dipermudahan. Amin
    Tq Bujang Ok :)

    ReplyDelete
  11. hahahaha....suka sangat post ni...

    ayat ni paling best : "Urusan bila, dimana dan bagaimana kita akan bertemu jodoh, itu urusan Tuhan. Jangan ditanya."

    Lepas ni kalau ada lagi sesiapa yang tanya aku dengan soalan cepumas "Bila nak kawin", "Kenapa tak kawin", "kenapa tak cari", "Awak memilih sangat".....

    aku nak sembur dia habis2.... "Jangan tanya! Jodoh tu bukan urusan aku!" hahaha...lepas tu angkat kaki melarikan diri....tension!

    ReplyDelete

PELAWAT