Friday, December 31, 2010

A'HA MOMENT :)

Sejak beberapa tahun yang lalu, saya sering memperolehi 'pengajaran yang tidak disangka-sangka' hasil dari persamaan yang wujud dalam beberapa insiden. Sebelum ini, sukar saya jelaskan apa itu 'pengajaran yang tidak disangka-sangka' sehinggalah saya mendengar Oprah menggunakan perkataan A'ha Moment. Apa yang saya boleh jelaskan, A'ha Moment merujuk pada 'pengajaran yang tiba-tiba hadir di minda/hati mengenai sesuatu perkara. Ia mungkin menghasilkan ilham atau memberi anjakan paradigm (atau kedua-duanya sekali). Secara peribadi, setiap kali A'ha Moment berlaku, saya berasa seperti Allah membisikkan a lesson to learn.

Semalam saya mengalami A'ha Moment. Ia berlaku selepas dua insiden yang sama berlaku berturut-turut selang beberapa minggu.


Insiden pertama
Pertemuan saya dengan salah seorang pengasas ILuvIslam. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu mengenai beliau (kehadirannya di facebook juga saya tidak tahu), tidak pernah tahu mengenai suratkhbar ILuvIslam dan tidak pernah tahu wujudnya komuniti ILuvIslam. Dipendekkan cerita, (rezeki) saya diperkenalkan dengan suratkhabar ILuvIslam apabila menerima naskah percuma suratkhabar tersebut di satu kursus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pertengahan tahun 2010. Di situ juga saya dimaklumkan, ILuvIslam mempunyai komuniti lebih 500,000 dan diasaskan oleh lima anak muda. Si penganjur hanya menyebut nama seorang sahaja pengasanya, "Imran Kayobe".

"Wah! Dasyatnya komuniti ni ada orang Jepun jadi pengasas," kata saya naif.

"Eh! Tak lah kak, dia orang Melayu," jelas si penganjur sambil saya gelak kecil mengakui kenaifan diri.

Okey, disini bermula detik 'pengajaran' tersebut. Ada beberapa acara/kursus yang sepatutnya saya hadir selepas itu. Tetapi, di saat akhir ada perkara lain tiba-tiba menghalang kehadiran saya ke acara/kursus tersebut. Ironiknya, Imran ada setiap acara/kursus itu dan saya hanya mengetahui perkara ini, apabila membaca status facebooknya. "La.... patutnya boleh jumpa," itu detik hati saya setiap kali.  Selepas mengatur pertemuan, kami akhirnya bertemu muka di pejabat ILuvIslam baru-baru ini.

Insiden Kedua
Disamping menjalankan perniagaan, saya turut membantu oraganisasi The Rights khususnya dalam Women@Rights. Walaupun baru beberapa kali bertemu, saya sudah berkenalan dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri. Dua minggu lepas, Hafiz, CEO Pahang mengajak saya mengikuti lawatan ke Kilang Taman Teknologi Malaysia (TPM) Biotek di Raub Pahang. Saya terpaksa menolak kerana sibuk menguruskan pemindahan pejabat ke lokasi baru.

Semalam, saya menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah The Rights. Masuk sahaja pintu, satu wajah yang cukup familiar. "Kak Jamariah...".  Kami berpelukan. Kak Jamariah adalah antara kumpulan pekerja pertama yang membantu perjalanan syarikat keluarga lebih 20 tahun yang lalu. Kali terakhir saya bertemu dengan Kak Jamariah saya masih belasan tahun. Punyalah lama tak berjumpa. Duduk disebelahnya, saya difahamkan dia membantu The Rights (Pahang) dan banyak membantu Hafiz.

"The Rights (Pahang) sedang usaha nak membangunkan projek rempah ratus. Baru minggu lepas kami ke Kilang TPM Biotek di Raub" kata Kak Jamariah.

"Kak Jamariah pun pergi ke? tanya saya

"Pergi" jawab Kak Jamariah pendek.

Ketika inilah A'ha Moment berlaku pada saya. Dua kali saya melalui insiden yang mana, jika saya hadir ke sesuatu acara yang saya sepatutnya hadir, saya pastinya bertemu dengan individu-individu tersebut beberapa minggu awal.


A'ha Moment yang saya perolehi:
  • When it mean to happen, it will happen. If not, there is another plan for you.
  • Allah tahu apa di dalam hati setiap insan. Waktu yang sesuai kepada dua individu yang bakal bertemu hanya Dia yang Mengetahui. 
  • Setiap pertemuan yang Tuhan temukan, ada signifikan yang hanya Dia ketahui. Cheerish and live it.
  • Apabila kita mahu berubah menjadi diri kita yang terbaik, lambat atau cepat, Dia akan ketemukan dengan kawan-kawan yang terbaik.
  • A'ha Moment happen when we less expected. Takbir when it happen. Allah hu Akbar!

MIMI SALLEH

4 comments:

  1. akak mmg pdai menulis..artikel2 akak mmg mnaikkan smgt!! :)

    ReplyDelete
  2. betol2, i like!!!

    ReplyDelete
  3. saya ingin bertemu dgn seseorang..dan harap2 'Aha Moment' ni akan terjadi pada saya juga..insyaAllah..

    ReplyDelete

PELAWAT