Friday, December 31, 2010

A'HA MOMENT :)

Sejak beberapa tahun yang lalu, saya sering memperolehi 'pengajaran yang tidak disangka-sangka' hasil dari persamaan yang wujud dalam beberapa insiden. Sebelum ini, sukar saya jelaskan apa itu 'pengajaran yang tidak disangka-sangka' sehinggalah saya mendengar Oprah menggunakan perkataan A'ha Moment. Apa yang saya boleh jelaskan, A'ha Moment merujuk pada 'pengajaran yang tiba-tiba hadir di minda/hati mengenai sesuatu perkara. Ia mungkin menghasilkan ilham atau memberi anjakan paradigm (atau kedua-duanya sekali). Secara peribadi, setiap kali A'ha Moment berlaku, saya berasa seperti Allah membisikkan a lesson to learn.

Semalam saya mengalami A'ha Moment. Ia berlaku selepas dua insiden yang sama berlaku berturut-turut selang beberapa minggu.


Insiden pertama
Pertemuan saya dengan salah seorang pengasas ILuvIslam. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu mengenai beliau (kehadirannya di facebook juga saya tidak tahu), tidak pernah tahu mengenai suratkhbar ILuvIslam dan tidak pernah tahu wujudnya komuniti ILuvIslam. Dipendekkan cerita, (rezeki) saya diperkenalkan dengan suratkhabar ILuvIslam apabila menerima naskah percuma suratkhabar tersebut di satu kursus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pertengahan tahun 2010. Di situ juga saya dimaklumkan, ILuvIslam mempunyai komuniti lebih 500,000 dan diasaskan oleh lima anak muda. Si penganjur hanya menyebut nama seorang sahaja pengasanya, "Imran Kayobe".

"Wah! Dasyatnya komuniti ni ada orang Jepun jadi pengasas," kata saya naif.

"Eh! Tak lah kak, dia orang Melayu," jelas si penganjur sambil saya gelak kecil mengakui kenaifan diri.

Okey, disini bermula detik 'pengajaran' tersebut. Ada beberapa acara/kursus yang sepatutnya saya hadir selepas itu. Tetapi, di saat akhir ada perkara lain tiba-tiba menghalang kehadiran saya ke acara/kursus tersebut. Ironiknya, Imran ada setiap acara/kursus itu dan saya hanya mengetahui perkara ini, apabila membaca status facebooknya. "La.... patutnya boleh jumpa," itu detik hati saya setiap kali.  Selepas mengatur pertemuan, kami akhirnya bertemu muka di pejabat ILuvIslam baru-baru ini.

Insiden Kedua
Disamping menjalankan perniagaan, saya turut membantu oraganisasi The Rights khususnya dalam Women@Rights. Walaupun baru beberapa kali bertemu, saya sudah berkenalan dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri. Dua minggu lepas, Hafiz, CEO Pahang mengajak saya mengikuti lawatan ke Kilang Taman Teknologi Malaysia (TPM) Biotek di Raub Pahang. Saya terpaksa menolak kerana sibuk menguruskan pemindahan pejabat ke lokasi baru.

Semalam, saya menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah The Rights. Masuk sahaja pintu, satu wajah yang cukup familiar. "Kak Jamariah...".  Kami berpelukan. Kak Jamariah adalah antara kumpulan pekerja pertama yang membantu perjalanan syarikat keluarga lebih 20 tahun yang lalu. Kali terakhir saya bertemu dengan Kak Jamariah saya masih belasan tahun. Punyalah lama tak berjumpa. Duduk disebelahnya, saya difahamkan dia membantu The Rights (Pahang) dan banyak membantu Hafiz.

"The Rights (Pahang) sedang usaha nak membangunkan projek rempah ratus. Baru minggu lepas kami ke Kilang TPM Biotek di Raub" kata Kak Jamariah.

"Kak Jamariah pun pergi ke? tanya saya

"Pergi" jawab Kak Jamariah pendek.

Ketika inilah A'ha Moment berlaku pada saya. Dua kali saya melalui insiden yang mana, jika saya hadir ke sesuatu acara yang saya sepatutnya hadir, saya pastinya bertemu dengan individu-individu tersebut beberapa minggu awal.


A'ha Moment yang saya perolehi:
  • When it mean to happen, it will happen. If not, there is another plan for you.
  • Allah tahu apa di dalam hati setiap insan. Waktu yang sesuai kepada dua individu yang bakal bertemu hanya Dia yang Mengetahui. 
  • Setiap pertemuan yang Tuhan temukan, ada signifikan yang hanya Dia ketahui. Cheerish and live it.
  • Apabila kita mahu berubah menjadi diri kita yang terbaik, lambat atau cepat, Dia akan ketemukan dengan kawan-kawan yang terbaik.
  • A'ha Moment happen when we less expected. Takbir when it happen. Allah hu Akbar!

MIMI SALLEH

Wednesday, December 22, 2010

LIVE LIFE TO THE FULLEST

Sajak bertajuk LIVE LIFE TO THE FULLEST ini diberikan oleh 'anak saya' di Atkin 4, Illinois State University, Bloomington-Normal, USA.  Saya menjadi Resident Assistant di Atkin 4 dari 1997-1998.


If you treasure the beauty
that shows all around you
and try to add some of your own,


Enjoy the companionship
others can give you
yet value your moments alone,
 

If you honor opinions
that differ from yours
yet stand up for what you believe,


Admire the accomplishments
others have made
and take pride in what you can achieve…

 
If you love those around you
and love yourself too,


If your spirit is eager and free…
then you know what it means
to live life to the fullest
and be the best ‘you’ you can be!


-Amanda Bradley-

Buat pengetahuan, inspirasi saya untuk tag line Bujang OK iaitu live life to the fullest & be the best we can be, datangnya dari sajak ini.  Bujang OK adalah cara hidup orang bujang yang mahu berubah menjadi diri mereka yang terbaik dan menikmati hidup dengan cemerlang. Sajak ini menjelaskan konsep ini dengan baik.

Doa saya semoga setiap rakan saya (terutama yang masih bujang) ingin dan beriltizam untuk berubah. Perubahan menjadi diri yang terbaik sama sekali tidak merugikan. Ayuh! Kita sama-sama berubah menjadi diri kita yang terbaik

MIMI SALLEH

Monday, December 20, 2010

JAUHI HUTANG BILA NAK KAHWIN!




Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata  'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang. Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

  • nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
  • kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
  • urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat
  • "Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
  • "hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...
  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
  • hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
  • janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
  • muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
  • jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang.
  • belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.
Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.

MIMI SALLEH

Friday, December 17, 2010

I LUV U, BEFORE I MET YOU...

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah". Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.

Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi roomate. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?" 

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia....". beritahu Kak R sambil tersenyum.


Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu. 

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness".


Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26  cukup tepat, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan Insya Allah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever"

MIMI SALLEH

Sunday, December 12, 2010

"AKU NAK KAHWIN, TAPI...."

Ada seorang bertanya, "Kenapa, ramai sangat yang membujang sekarang ni?". Saya menjawap, "Kerana kita sudah tidak reti bercinta...".

Saya harus minta maaf, kerana itu hanya 'jawapan selamat'. Jawapan sebenar tidak semudah itu. Memberitahu jawapan sebenar seolah-olah seperti saya membuka pekung di dada. Dan, pada waktu itu, hanya jawapan "Kerana kita sudah tidak reti bercinta..." mampu diberikan.

Jawapan sebenar, sebenarnya ialah semakin ramai orang bujang melalui proses ambivalen (termasuk saya). Ambivalen disebabkan oleh ketidakupayaan membuat keputusan disebabkan dua perkara dimahukan serentak (caused by inability to make a choice or by a simultaneous desire to say or do two opposite or conflicting things). Maksudnya, yearn (keinginan) and fear (khuatir) berlaku serentak. Paling senang untuk kenal pasti ambivalen ialah apabila keinginan selalu diikuti dengan perkataan "tetapi". Contohnya...

  • "Aku nak bercinta, tapi aku tak handsome..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi aku tak de duit..."
  • "Aku nak berkenalan dengan Si Minah, tapi aku mat rempit, dia ustazah..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi keluarga aku porak peranda..."
  • "Aku nak suruh orang carikan isteri, tapi nanti apa orang akan kata..."
  • "Aku nak berkahwin, tapi banyak lagi urusan yang belum diselesaikan..."
  • "Aku nak...., tapi....."

Ini yang berlaku kepada kebanyakkan orang bujang. Semua dari kita mahu berumahtangga, mahu mempunyai seseorang yang dipanggil kekasih dan mahu anak-anak yang memeluk erat... tetapi, setiap dari kita mempunyai 'sesuatu' yang menghalang.

'Sesuatu' yang dialami oleh si bujang mungkin kedengaran seperti alasan di telinga orang lain, ...."Aku nak berkahwin, tapi keluarga aku porak peranda...", namun kepada si bujang, ia 'sesuatu' yang amat besar. Bagi si bujang, dia mungkin tidak mahu keluarga bakal  isteri/suaminya itu membuat penilaian buruk terhadap keluarganya. Atau, dia tidak mahu, perkara yang sama berlaku pada perkahwinannya nanti. Semua ini adalah pertimbangan-pertimbangan yang bermain di minda dan benak si bujang.

Sama juga seperti ayat  "Aku nak berkahwin, tapi banyak lagi urusan yang belum diselesaikan...". Mungkin ada orang akan mempertikaikan, "...nak tunggu urusan selesai, sampai bilapun tak kahwin!". Namun, kepada si bujang yang mengalaminya, 'urusan yang perlu diselesaikan' itu juga sama berat dengan urusan kahwin.

Jadi, bagaimana untuk orang bujang hilangkan perasaan ambivalen?

Berdoalah kepada Tuhan. Tidak ada cara lain.

Berdoalah semoga Tuhan bukakan pintu hati disebalik 'sesuatu'. Hanya Tuhan yang maha mengetahui kemampuan kita menangani 'sesuatu' itu. Luahkan kepada Tuhan, "Aku nak kahwin. Aku tahu, aku mat rempit dan dia ustazah. Berikanlah aku kekuatan...". Andai itu jodoh kita, nanti Tuhan akan tunjukkan jalan. Bila, di mana dan bagaimana jalan itu akan dibuka untuk kita, hanya Tuhan yang tahu. Lambat atau cepat satu perkahwinan di tangan Tuhan.

Doa saya semoga saya dan kawan-kawan sekalian mendapat jodoh yang terbaik untuk diri masing-masing. Insya Allah, percayalah pada janji Tuhan.

MIMI SALLEH

Saturday, December 11, 2010

"I BUSY LA ..."





Ayat "I busy la..." adalah antara ayat yang paling kerap digunakan. Pelbagai sebab orang menggunakan ayat ini. Antaranya ialah sebagai klise (ayat basa-basi). Misalnya,
  • "Sori lah I tak boleh ikut you keluar lunch... I busy la"
  • pertanyaan, "apa khabar?", jawapan, "I busy la..."
  • pertanyaan, "kenapa you tak angkat telefon,", jawapan,"I busy la..."
Namun, tidak dinafikan ada juga yang sememangnya sibuk. Mereka dah sampai ke hidung, task yang perlu diselesaikan. Menariknya, orang yang betul-betul dah tak cukup kaki dan tangan untuk menyelesaikan tugas tidak menggunakan ayat "I busy la..." atau "saya sibuk...".

Selalunya, mereka menggunakan ayat, "Boleh, boleh. Kita set hari lain ye...".

Individu yang sedemikian menggunakan masa dengan sepenuhnya. Jika melihat jadual kerja mereka dan task di tangan, seperti tidak percaya, kerja-kerja itu dilakukan oleh SATU orang. Mereka memang sibuk tetapi, selalunya mereka tidak menolak sebarang task tambahan. Mereka hanya akan slot in ke tarikh lain yang kurang sibuk. Bagi insan seperti ini, sibuk bukan hanya a figure of speech. Mereka memang benar-benar sibuk and they enjoy being busy.



Sesiapa sahaja boleh menyebut, "saya sibuk....". Tetapi, berapa ramai yang benar-benar sibuk dan menyukai proses menyelesaikan task tersebut? Mungkin anda mengenali seseorang seperti ini. Cuba lihat kejayaan yang telah mereka capai.

Mereka yang ingin berjaya dalam hidup, amat suka suasana "busy". Setiap hari ada sahaja aktiviti mereka. Mungkin ada yang kata, "Hish... banyak sangat yang kau nak buat, sempat ke?" Pelik tapi benar, mereka memang sempat melakukan semua itu.

Menjadi Bujang OK, anda harus belajar merebut semua peluang yang ada. Asyik berkata "I busy la..." atau "saya sibuk..." terlalu kerap akan menyebabkan anda gagal melihat peluang yang lalu di depan mata. Setiap dari kita diberi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun... mustahil dalam sehari/seminggu/sebulan dalam tahun tersebut anda busy sentiasa.

Percayalah, sebaik sahaja anda mengambil keputusan untuk menjadi diri anda yang terbaik, soal tak cukup masa, tidak timbul. Doa saya semoga setiap orang muda terutama orang bujang menggunakan masa dengan sebaiknya.

MIMI SALLEH

Tuesday, December 7, 2010

10 MINUTES ON-TIME, ON-TIME IS LATE!

Tahun ini, Maal Hijrah 1432 bertandang tiga minggu lebih awal dari tahun Masihi 2011. Perbezaan cara orang menyambut kedua-dua tahun baru ini cukup menarik. Maal Hijrah disambut dengan doa akhir & awal tahun, manakala sambutan tahun baru masihi dengan gemerlapan cahaya bunga api.

Disebalik sambutan Maal Hijrah mahupun Tahun Baru Masihi, konsep menanam azam tahun baru telah dijadikan seperti klise (cliche). Masuk sahaja tahun baru, semua bertanyakan. "apa azam tahun ini?" Mengapa 1hb Muharram atau 1hb Januari sering dijadikan pemula segala niat?

Semasa menjadi Resident Assistant (RA) di Illinois State University, Amerika Syarikat, kami diajar konsep disiplin '10 minute is on-time, on-time is late'. Maksudnya, jika kami perlu menghadiri mesyuarat, kami perlu sampai 10 minit awal. Jadi jangan berlagaklah untuk kata anda sudah sampai awal, andai anda datang ngam-ngam sebelum mesyuarat bermula.

Saya melihatkan, konsep '10 minute is on-time, on-time is late' ini sama seperti menetapkan azam tahun baru. Apabila ngam-ngam tahun baru ( Maal Hijrah mahupun 1hb Januari) baru mula nak buat azam, bila masa anda nak melaksanakanya? Esok? Lusa? Pada pendapat saya, itu dah lambat.

Mungkin ada yang akan berkata, never late that never.... Tapi masalahnya, we always late!

Bayangkan setiap 1hb Januari dan 1hb Muharram, tahun berganti baru. Dan, setiap hari selepas itu, helaian tarikh berganti lagi. Ramai yang mengeluh, "Aduh, cepatnya masa berjalan... tahun depan aku dah 21". Akhirnya tiba 31 Disember, azam tahun baru dibuat lagi. Maka, rutin yang sama bermula. Keluhan juga berterusan, "Aduh, cepatnya masa berjalan.... tahun depan aku dah 41...".

Bila masanya, this never ending-routine akan berakhir?

Ia berakhir pada hari dan waktu apabila anda ambil keputusan untuk berubah menjadi diri anda yang terbaik! Tiada jawapan lain.

Semua tahun masa itu emas. Semua boleh quote surah Al-Asr. Tapi mengapa tidak ramai beramal dengan ayat tersebut?

Saya menyeru rakan-rakan terutama orang bujang untuk menetapkan azam untuk berubah sebaik sahaja terdetik dihati. JANGAN tunggu hari Isnin, 1hb Januari mahupun 1hb Muharram untuk MULA menyenaraikan azam. Orang yang bersungguh-sungguh hendak berubah seharusnya sudah bermula LEBIH AWAL lagi.

Doa saya agar lebih ramai orang bujang mencapai impian mereka. Impian untuk mencapai apa jua bentuk kejayaan memberi satu nilai tambah kepada diri seseorang insan. Insya allah, menjadi Bujang OK adalah hadiah terbaik yang dapat berikan kepada diri anda.

Salam Maal Hijrah,
MIMI SALLEH

Monday, December 6, 2010

KAHWIN KENA IKHTIAR ...



"Mimi, what have you been doing to find jodoh?"

Itu tanya seorang kawan lelaki awal tahun ini. Dia seorang kawan seuniversiti yang kini menjadi CEO salah sebuah agensi kementerian (beza usia kami 9 tahun).

Semasa mendengar soalan itu, saya terperanjat sebab: 1) seorang kawan LELAKI yang bertanya; 2) saya tak pernah terfikir, antara banyak-banyak soalan mengenai kahwin, soalan itu yang ditanya.

Selalunya soalan 'cepu emas' ialah "bila nak kahwin?" & "kenapa tak kahwin?", tetapi soalan "apa tindakan yang saya telah buat untuk berkahwin?" adalah yang pertama.

Justeru, buat kali pertama juga, saya dedahkan "apa yang telah saya buat...."

Saya selalu berpegang pada prinsip.... jodoh jika cari di tempat yang baik-baik, akan jumpa yang baik-baik. (hahaha.. .so, saya pergi lah ke tempat yang baik-baik).

Antara tempat baik-baik:

1) Universiti 
Niat saya sambung belajar disamping nakkan ilmu ialah nak cari jodoh. Pada pendapat saya, sambung belajar ni, tidak akan rugi apa-apa. Tak dapat sijil nikah, dapat sijil ijazah :) Saya sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD.

2) Masjid
Niat saya menolong di masjid semasa Ramadhan ikhlas lillah taala nak membantu makcik-makcik yang dah tua-tua. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah, mana tau...

3) Kursus/seminar
Niat ke kursus/seminar ni memang nak tambahkan ilmu disamping meluaskan jaringan rakan-rakan bisnes. Saya ada syarikat penerbitan yang menerbitkan majalah USAHAWAN SUKSES. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah mana tahu.....

4) Kenduri Kahwin
Saya suka kenduri kahwin. Ramai orang bujang takut nak ke kenduri kahwin sebab takut soalan, "awak bila lagi?" Bagi saya, kenduri kahwin adalah majlis di mana masyarakat berkumpul, bergotong-royong dan saling berbual mesra. Pada masa yang sama, saya doa-doa jugalah mana tahu.....

Tetapi masalahnya (bukan alasan ye) ...
  • di universiti, masing-masing terkejar-kejar antara urusan pejabat dan universiti menyebabkan saya dan lelaki bujang yang lain tak sempat berkenalan rapat
  • di masjid, tidak ada lelaki muda. Ada juga beberapa pasangan yang 'berkenan' nak berbesan dengan mak abah saya, tapi apabila mak pergi jumpa si anak lelaki, semua belum bersedia untuk berkahwin
  • di kursus atau seminar, kebanyakkan lelaki dah berkahwin. Polisi hidup saya, cukuplah dengan cabaran hidup yang ada, jangan ditambah lagi dengan berkahwin dengan suami orang
  • di kenduri kahwin, pun ramai suami orang

Saya percaya, tidak ada seorang pun orang bujang di luar sana yang mendoakan dirinya, membujang sehingga ke lewat usia 30an, 40an atau 50an. Urusan bila, dimana dan bagaimana kita akan bertemu jodoh, itu urusan Tuhan. Jangan ditanya. Tapi jangan menunggu sahaja. Kita mesti ikhtiar. Tetapi, kita ikhtiar menggunakan cara yang kita sendiri rasa selesa. Insya allah, rezeki (termasuk jodoh) ada kepada mereka yang berusaha. Perubahan menjadi diri anda yang terbaik menjanjikan rezeki-rezeki yang terbaik untuk anda. Ini janji Tuhan.

Bujang OK turut menyediakan Portal temu Jodoh kepada sesiapa yang ingin berikhtiar. Doa saya semoga iktiar anda (dan saya) menjadi yang terbaik dipermudahkan oleh Tuhan untuk mendapat yang terbaik juga.

Mimi Salleh

Saturday, December 4, 2010

DILEMA LUKE SKYWALKER...



"Do or do not, there is no try"

Itu kata-kata Yoda kepada Luke Skywalker apabila menteenya itu tidak menfokuskan tenaga untuk mengangkat batu dengan kuasa minda.

Apa kena mengena cerita Star Wars dengan Bujang OK? Banyak... tapi, kaitan utama ialah mengenai kuasa memilih.

Dalam kehidupan seharian, kita perlu membuat pelbagai keputusan penting dalam hidup. Tidak dinafikan, adakala keputusan yang dibuat bukanlah yang terbaik. Kita mungkin tiada pilihan lain dan buat saat & ketika itu, hanya itu sahaja keputusan terbaik yang kita boleh buat.


Walau apa pun, keputusan mesti dibuat...
  • habis SPM, sambung belajar atau cari kerja
  • habis universiti, terus kahwin atau cari kerja
  • usia meningkat, lupakan mengenai kahwin & menjalani hidup seperti biasa, atau mendoakan satu perkahwinan & berubah menjadi lebih baik
  • hubungan dengan pasangan retak, terus berkahwin dan perbaiki  diri/perhubungan, atau bercerai dan bina hidup baru
Malangnya, ramai yang ENGGAN mengambil tanggungjawab membuat keputusan dengan memilih untuk kekal di tahap/situasi sedia ada... dormant (atau orang Utara kata mandom...ke?)
  • habis SPM,  "malas la pikir".... menganggur
  • habis universiti,  "malas la pikir".... menganggur
  • usia meningkat, ,  "malas la pikir".... kekal bujang, kesepian & tiada achievement dalam hidup
  • hubungan retak dengan pasangan, ,  "malas la pikir".... terus bersengketa antara suami isteri
Membuat keputusan ialah memikul tanggungjawab atas keputusan itu. Kita mesti berdepan dengan akibat jika keputusan yang kita buat itu backfire. Ini yang menyebabkan ramai, tak berani buat keputusan-keputusan penting dalam hidup. Tetapi dengan membuat keputusanlah yang membezakan antara man vs boy, adult vs child dan antara naive vs mature. We have to make a choice if we want to grow/change.

Sama seperti Luke Skywalker, kita adalah insan terpilih yang diberi pelbagai peluang untuk menjadi yang terbaik. Pilihan itu ada. Tetapi, laluan untuk menjadi yang terbaik itu bukan berlaku semalaman (Star War pun ada 6 trilogi dengan yang pertama bermula 1977).

Saya seru semua bujang di Malaysia untuk membuat keputusan menjadi Bujang OK. Perubahan menjadi diri anda yang baik dan menikmati hidup yang cemerlang (saya beri jaminan) bakal menjadi keputusan paling baik yang anda berikan untuk diri anda. Akhirkata, saya ingin meminjam kata-kata Obi Wan Kenobi, "May the force be with you....",

Mimi Salleh

PELAWAT