(Ketika itu juga, saya turut mengambarkan 'si helang' itu sebagai mana-mana lelaki bujang di Malaysia yang ternampak wanita yang memenuhi keempat-empat ciri tersebut dan umpama helang, mereka akan terus 'menyambar' wanita itu. Emmmm... no komen. Itu kena tanya orang bujang lelaki).
Bayangkan jika si helang yang berada di ketinggian 5000 kaki boleh ternampak rezekinya, seekor tikus, nun di bawah sana dan terus dengan "gagah melebarkan sayap dengan mata tertumpu pada sasaran, lalu dengan sekali kibas, ia menguak sayapnya dan terbang laju menjunam ke bumi...", mengapa kita sebagai manusia yang boleh nampak rezeki di depan mata yang berada kurang dari 10 kaki, tidak mahu cepat-cepat sambar?
Saya sekarang sedang membaca mengenai Business Acumen. Setakat ini, tidak ada definisi yang benar-benar tepat untuk menghuraikan perkataan ini. Apa yang boleh dikongsi, 'acumen' adalah keupayaan untuk membuat keputusan dengan bijak dan pantas (the ability to make good judgments and quick decisions).Menurut ramai bijak pandai dalam bidang bisnes, business acumen sudah ada sedikit dalam diri semua orang dan kebanyakkannya boleh dipelajari. Namun, acumen bukan hanya untuk bisnes. Ia ada dalam segala-galanya yang memerlukan kita membuat keputusan.
Helang secara fitrah sudah mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan dengan bijak dan pantas dalam mencari rezekinya. Justeru, sebagai seseorang yang ingin berubah menjadi diri mereka yang terbaik, kita juga harus mempunyai keupayaan ini (acumen). Tetapi, bagaimana?
Semua penulis, ahli akademik, orang yang berjaya dan lain-lain bersetuju, bahawa gabungan:
- ilmu yang dibaca
- ilmu yang dipelajari dari pengajian di sekolah/universiti
- ilmu yang dikutip dari pengalaman sendiri
- ilmu yang dikongsi oleh seseorang yang lain
- ilmu yang dicari
- Change your self-identity
- Interrupt your self-proclamation
- Improve your vocabulary
- Use your brain
(sumber: http://www.about-personal-growth.com/intelligence.html)
Selagi kita perlu membuat keputusan dan semakin kita meningkat usia, kita perlu menjadi lebih bijak dan pantas dalam membuat keputusan (acumen). Menjadi Bujang OK ialah kita bersedia untuk belajar berubah untuk menjadi lebih baik. Kebijaksaan itu bakal membantu usaha kita memilih keputusan-keputusan yang tepat dalam hidup.
Doa saya semoga pilihan saudara/saudari menjadi diri anda yang terbaik dan menikmati hidup dengan cemerlang adalah keputusan yang memberi anda 'yang terbaik' dalam hidup.
Mimi Salleh
No comments:
Post a Comment