Empat perkara (rezeki, ajal, amalan dan qada & qadar) sering disebut-sebut, terutama soal rezeki (termasuk jodoh). Ramai kata "jangan ditanya soal rezeki, itu urusan Tuhan. Tidak tersampai akal kita untuk memikirkannya". Bagi saya, soal bila dan banyak mana rezeki, saya selalu bersangka baik dengan janji Tuhan, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri," Surah Ar-Ra’d (ayat 11).
Justeru, sepanjang saya menulis konsep Bujang OK, ayat itu sentiasa menjadi landasan pada prinsip-prinsip Bujang OK dan proses perubahan iaitu:
- nak kaya, anda mesti berubah
- nak disayangi orang, anda mesti berubah
- nak dihormati, anda mesti berubah
- nak menemui pasangan yang terbaik, anda mesti berubah
- nak jadi Bujang OK, anda mesti berubah
Hanya melalui perubahan diri, kita akan (dan pasti) berjaya seterusnya Be the Best & Live Life to the Fullest. Namun, untuk berubah, "easier said that done..."
- Berapa ramai antara kita yang berkata nak jadi kaya, tetapi sehingga sekarang hutang di poket melebihi pelaburan?
- Berapa ramai antara kita yang berkata nak jadi terkenal, tetapi sehingga sekarang hanya terkenal dalam facebook sahaja?
Saya minta maaf jika blog kali ini, sukar difahami. Cara saya membaca buku ialah melihat kaitan antara satu idea dengan idea yang lain. Ironiknya, semua perkara berkaitan.
Semalam, saya baru membaca mengenai six degree of separation.
Idea asal six degree of separation yang dibawakan oleh Frigyes Karinthy mengatakan "sesiapa sahaja di muka bumi ini mempunyai paling banyak enam (6) langkah jauhnya dari seseorang lain (everyone is at most six steps away from any other person on Earth). Percaya atau tidak, idea 'kawan kenal si kawan yang kenal si kawan...' adalah asas kepada perhubungan media sosial facebook dan sebagainya. Kajian terbaru menunjukkan penggunaan Twitter memendekkannya pada 4 langkah (chup, chup, chup...saya bukan mahu bercerita mengenai media sosial).
Bayangkan dari idea ini (six degree of separation), ramai pakar telah membuat penemuan bahawa semakin dunia meluas, semakin kecil langkah yang diambil bagi seseorang yang mengenali seseorang lain, untuk mengenali seseorang yang lain (maaf la, memang ayatnya berbelit). Misalnya,
- siapa yang anda kenal, yang kenal rapat dengan M.Nasir?
- Saya memerlukan 1 langkah (saya => kawan bernama X => M.Nasir)
- siapa yang anda kenal, yang kenal rapat dengan Perdana Menteri Amerika Syarikat?
- Saya memerlukan 5 langkah (saya => kawan bernama X => Datuk bernama Y=> Setiausaha sulit PM Malaysia => PM Msia => Barrack Obama)
Cuba anda ambil masa seketika, dan cuba melihat laluan rezeki anda.... (letak tepi persoalan mengarut, poyo atau biar betul). Sekeliling kita adalah rezeki. Jangan sesekali kata, rezeki tak ade (ada, cuma lambat). Melihat segala di sekeliling sebagai rezeki memberi harapan bahawa apabila kita berusaha, rezeki akan dicapai.
Setiap kali saya melihat konsep-konsep yang telah dibuktikan melalui penyelidikan dan mengamalkan ia dalam hidup, saya sesungguhnya percaya pada janji Tuhan, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,"
Melakukan perubahan tidak berlaku semalaman. Menjadi Bujang OK adalah satu impian untuk menjadi diri anda yang terbaik UNTUK diri anda sendiri dan bukannya untuk orang lain. Doa saya, semoga ukhwah kita sesama Bujang OK mampu memudahkan proses perubahan itu.
Mimi Salleh
No comments:
Post a Comment