Thursday, October 14, 2010

MITOS LELAKI WANITA BUJANG






 Semakin saya mendalami konsep Bujang OK, didapati terlalu banyak anggapan/mitos/salah faham yang ditujukan kepada lelaki wanita bujang. Ironiknya, anggapan/mitos/salah faham ini juga berlaku sesama lelaki dan wanita bujang. Contoh ayat yang kita selalu/pernah dengar...

Mengenai wanita bujang:
  • Bila dah bekerjaya & berjawatan, they all jadi ego
  • Memilih sangat
  • Dia mesti pilih yang 'sekufu', sama tahap pendidikan, jawatan, gaji
  • Mesti dah tak reti masak
  • Mana ada lagi Perempuan Melayu Terakhir
  • Wanita zaman sekarang mengejar kerjaya dari rumahtangga
  • kering, tak de langsung sifat feminin 
  • (jika ada anggapan/mitos/salah faham yang anda pernah dengar atau ditujukan kepada anda, boleh kongsi di komen)

Mengenai lelaki bujang:
  • Lelaki bujang sekarang, pemalas
  • Susah nak cari lelaki yang baik... either they are married or gay
  • Mana ada lelaki baik sekarang ni, banyaknya mat rempit atau kat pusat serenti
  • ... mereka ni masih bergantung hidup dengan mak bapak
  • you percaya ke, mamat yang i jumpa semalam, umur 35, tapi motorsikal pun tak de
  • tak mancho, tak de langsung sifat maskulin
  • (jika ada anggapan/mitos/salah faham yang anda pernah dengar atau ditujukan kepada anda, boleh kongsi di komen)







Salah satu prinsip Bujang OK ialah bersangka baik (perubahan sikap) terhadap lelaki dan wanita bujang yang lain (ada 6 prinsip Bujang OK). Bunyi macam senang je...bersangka baik, tapi hakikatnya ia melibatkan perubahan sikap individu itu sendiri. Hakikatnya...

Wanita & Lelaki Bujang
  • masih ramai yang baik hati
  • masih ramai mempunyai ciri-ciri Perempuan Melayu Terakhir & Hero Idaman Malaya
  • masih ramai yang sedang mencari pasangan yang sederhana
  • masih ramai yang setiap tidur malam, memandang ke syiling rumah mengimpikan pasangan yang ditetapkan oleh Tuhan
 Tahukah anda statistik penduduk tahun 2000 menunjukkan terdapat lebih kurang 5 juta orang bujang di Malaysia (2.6 juta darinya lelaki)? Itu tidak termasuk duda dan janda. Malah statistik yang sama menunjukkan nisbah 1 wanita, 2 lelaki (1:2). Itu statistik 10 tahun yang lalu.

Saya seru, wanita & lelaki bujang untuk bersangka baik dengan wanita & lelaki bujang yang lain. Jika semua 2.6 juta lelaki bujang dan 2.4 juta wanita bujang mempunyai anggapan/mitos/salah faham sesama mereka, bilakah masa orang bujang ni nak bertemu jodoh?

Psstt saya nak bertanya satu soalan peribadi kepada lelaki dan wanita bujang...
  • berapa ramai lelaki bujang bila tengok TV sendirian, wish ada bini disebelah? 
  • Berapa ramai wanita bujang yang menyimpan rambut sehingga panjang semata2 untuk bakal suami? 
 Tiada seorang bujang pun di muka bumi ini, yang menadah tangan mohon Tuhan supaya TIDAK dijumpakan jodoh. Semua mohon ditemukan jodoh yang terbaik untuk dirinya, keluarga, agama dan masa depannya. Alangkah ruginya, hanya kerana anggapan/mitos/salah faham terhadap sesama bujang, ramai yang belum bertemu jodoh.

Di dalam setiap buku Bujang OK, saya menegaskan Bujang OK akan mendapat kawan Bujang OK dan tidak mustahil Bujang OK bertemu dengan pasangan yang juga Bujang OK.

Doa saya semoga perjalanan anda untuk berubah, dipermudahkan olehNya.

Mimi Salleh

2 comments:

  1. salam..hehehe..saya menyimpan rambut panjang sbb suka rambut sy panjang ye, plus, da bosan asik rambut pendek sebelum ini..hehehe..tade kena mengena nak tggu calon suami ye..hehee

    ReplyDelete
  2. hehehehe...saya suka komen cik quit...

    tp saya pun ada alasan sendiri juga knp saya suka simpan rambut pnjng..salah satunya mmg dr kecik dah terbiasa..pastu dah besar ni semua abg2 saya ckp "lelaki suka perempuan rambut panjang"..dan abg2 saya pun x suka adik2nya berambut pendek.. dan yg keduanya sbb saya suka rambut pnjg sbb ia mahkota seorg perempuan..:-)

    ***sorry klu ada yg x suka dgn komen saya...itu cuma pandangan saya..tp x bermaksud org berambut pendek itu sebaliknya sbb saya juga pernah berambut pendek...

    ReplyDelete

PELAWAT