Wednesday, October 13, 2010

JAWAPAN APABILA DITANYA, "BILA NAK KAHWIN?"

Soalan paling sensasi dan paling tipikal yang ditanya kepada orang bujang ialah "Bila nak kahwin?". Berikut disenaraikan beberapa pilihan jawapan. Anda mempunyai pilihan menjawab secara sarkastik, berhemah atau 'buat donno'...
 
"Bila nak kahwin?" Jawapan Sarkastik:
  • I dah lama minat kat husband you. Boleh ke?
  • Makcik sibuk2 apasal? Ada, saya sibuk2 pasal hal makcik?
  • Nak kumpulkan RM20 000, baru boleh kahwin. Makcik ada ke duit, saya nak pinjam?
  •  (sesiapa nak kongsi jawapan sarkastik, boleh tulis di bahagian komen)

 "Bila nak kahwin?" Jawapan Berhemah:
  • Belum rezeki lagi la, makcik
  • Insya allah tahun depan (walaupun anda tiada calon. Jika soalan seterusnya ditanya, "dengan siapa?". Jawab, "tak boleh nak beritahu lagi, sebab belum confirm tarikh")
  • Tak de calon, la makcik.
  • (sesiapa nak kongsi jawapan berhemah, boleh tulis di bahagian komen)
 
"Bila nak kahwin?" Jawapan 'buat donno':
  • senyum
  • sengih
  • buat-buat tidur
  • gelak sambil geleng kepala
  • gelak sambil letak jari telunjuk di bibir, sambil berbisik "shhh...biarlah rahsia"
  • (sesiapa nak kongsi jawapan 'buat donno", boleh tulis di bahagian komen)

Walau betapa panjang atau pendek skrip yang anda ada, orang disekeliling tidak akan berhenti bertanya "bila nak kahwin?". Bersangka baiklah, dengan pertanyaan-pertanyaan itu.

Anggaplah soalan itu sebagai:
  • tanda anda masih 'laku'. Lindsay lohan dalam satu temuramah pernah berkata, "...ada baik, buruknya paparazi. Sebagai selebriti, adanya paparazi yang berminat dengan cerita anda, menunjukkan anda masih laku dalam industri".
  • tanda masih ada orang yang ambil berat. Jika diamati, semakin usia meningkat, semakin kurang orang bertanyakan "bila nak kahwin?". Sementara soalan-soalan ini masih ada, nikmatinya (it reflect your age)
  • tanda anda masih 'diintai' untuk dimiliki. Jika kita percaya jodoh ada, terima soalan-soalan ini sebagai pembuka jalan untuk bertemu dengan jodoh yang telah dijanjikan.
 
Saya doakan semoga persoalan-persoalan ini tidak menghentikan anda dari be the best & live life to the fullest. Anda mempunyai pilihan. Dan, ini pilihan yang anda mesti buat untuk anda sendiri. 

Mimi Salleh

18 comments:

  1. saya secara peribadi tidak akan menggunakan jawapan yang sarkastik (tak sampai hati). Tetapi, ini pilihan jawapan yang sesetengah bujang gunakan. Ini pilihan anda. Saya mahu tegaskan setiap jawapan ada implikasinya.

    Sebagai penulis buku Bujang OK perkara yang ingin saya bangkitkan dari topik ini adalah sikap bersangka baik. Nanti dipost berikutnya, saya akan terang serba sedikit mengenai konsep Bujang OK. Semakin anda mengenali Bujang OK,anda akan sedar betapa besar sikap bersangka baik :)

    ReplyDelete
  2. Jawapan lain yang boleh dicadangkan..

    1. Maaf...saya ni bukan jenis tergedik-gedik..kalau gedik barangkali dah kahwin...

    2. Anak teruna mak cik ada..bolehkah saya jadi menantu...

    3. Nasib baik saya tak kahwin...entah-entah kalau kahwin dapat title janda macam Rozita Che wan, Nora , Raja Azura... glamor lagi...


    heheh...just for fun..jang kecil hati...

    ReplyDelete
  3. jawapan --> "haah ek bila ye?" sambil buat muka blur dan garu2 kepala

    ReplyDelete
  4. jawapan saya :
    kalu mood tgh baik : "kalu ikotkan mmg sy dah kawen kot.. tp, berjumpe dgn dia pon x pernah, asik tgk dlm tb jek.. tu, si maher zain tu.. tup2 dah kawen ngn org len.. camne?? (jwpn panjang sket)" or "agak2nye jodoh saye dok kt negara lain kot.. yg terpencil jauh nuu.. cmne nak jumpe kan.. nt jumpe, kawen r sye.."
    Kalu mood tgh emo : "esok.." pastu wat derk jek..

    ReplyDelete
  5. kalau jawapan saya:
    mod sarkastik - awak plak bila nak kahwin lagi? (biasanya ditujukan pada lelaki yg dah kahwin..hehe)
    mod berhemah - jodoh Allah tentukan, tak sampai lagilah tu..
    mod buat tak tau - haha!! (gelak sket)

    ReplyDelete
  6. Jwpn sy:
    mod sarkastik - kalo dah kawin, nnt dah xde la org nk tny lg..bosan la g2
    mod berhemah - bulan 12..tp xtau la tahun bila
    mod buat tak tau - no komen..@pun ketawa je

    ReplyDelete
  7. Mode sarkastik- 1.besok!
    2.ngko mau kahwin dgn aku..
    3. tunggu **&^%## jadi duda... (hehehe...tak ble pakai selalu nanti jadi doa..)

    ReplyDelete
  8. Jwpn sarkastik:Ko tau tak ko akan mati bila?
    Jwpn berhemah : Sama2 lah doa agar dipermudahkan ye :) Apapun saya selalu ingatkan diri saya..diorang amik berat sebab sayangkan saya

    ReplyDelete
  9. hahaha macam2 jawapan!!
    klu sy...

    mod sarkastik : nape cik, nak sponser ke??ke tringin nak tumpang bersanding kat plamin sy???

    mod berhemah : InsyaAllah, sampai kad yg ade name sy, jemput la dtg ea.

    mod dunno : senyum n trus blah.

    ReplyDelete
  10. saya tunggu2 makcik tanya. makcik tolong lah carikan. saya nak yg seperti berikut... 1.... 2.... ... 15....

    ReplyDelete
  11. Jawapan sarkastik: Biase la orang cun macam saye ni kan ramai peminat,tak tau mane nak pilih....Tu yang tak kawin lagi..:P
    Jawapan berhemah: Jika Allah manghendaki sesuatu itu terjadi,maka jadilah..:)
    Jawapan Dunno: Tanya saye ke? ingatkan tanye kawan sebelah..:)

    ReplyDelete
  12. jawapan sarkastik: tolong carikan boleh?????? (dlm hati, sibuknya nak ambik tahu hal aku..anak ko tu???)

    jawapan berhemah: insyaallah, sampai jodoh nanti kawin la...

    jawapan donno: senyum @ wat x tahu @ pastu buat muka innocent @ pastu bla...

    ReplyDelete
  13. Thanks. Entri ni buat saya gelak dari mood yg suram :D

    Mintak izin utk letak kat blog :)

    ReplyDelete
  14. jawapan sarkastik : belum jumpa lg org yg berguna....

    Jawapan berhemah : dah senang nnt br kawin.

    Jawapan donno : tungggggguuuuuu (sambil senyum hehehehe)

    ReplyDelete
  15. Nak kawin dah tahun lepas calon isteri plak kena baham harimau

    ReplyDelete
  16. boleh juga bg jwpn..

    1. insyaAllah...

    2. Bila tiba masanya makcik.. (sarkastik cara hemah. hehe)

    3. Allah tetapkan perjalanan masih panjang. Apa nk buat..

    ReplyDelete
  17. Kalau yg tanya lelaki: kalau kahwin awal tapi bukan taste buat apa. Lepastu jln sibuk tgk perempuan lain.

    Kalau yg tanya perempuan: Bahagia sgt ke dpt laki mcm tu

    ReplyDelete

PELAWAT